Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Saturday 1 October 2011

alamak...banyak nye belanje!!!!!!!!!!

Hari ini…..
Aku ngan suami pegi sogo…shopping
Kami berpecah…suamiku pergi tingkt 6….biasa le dia…mesti tengok barang elektirk punya
…aku pulak …orang pompuan..kalu tak handbag, brooch…kasut …mesti tak sah.
Hari aku berbelanje giler sikit


Aku beli 2 handbag…satu brand b.u.m equipment…regenya RM109..after less
Satu lagi aku beli Sembonia…regenye RM269 after less


Pas tu aku rambang mata pula…bila tengok brooch jenama kenji…aku beli gak …RM110 after less
Tak cukup lagi aku beli sepasang kasut brand Carlo Rino…rm59.


Ni lah aku…kalu dah keluar umah…duit pasti melayang…
Balik  umah aku kuar lagi bawa anak makan kat kedai  pula….habis rm47.00


Apa pun jangan ada yang ikut mcm aku ni…suka berbelanja… semalam aku pegi Shah Alam dengan member aku…aku beli 5 pasang kain…dah habis kat situ rm250… hi terukk kannnn??


Bila di hitung semuanya rm 844…huh..dalam 2 hari aku dah spend sebanyak tu…??????
Takpelah yang penting puashati…penat2 keje oooo, nak juga Nampak bendanya kan?

Friday 9 September 2011

Diari raye 2011

10.00
pagi masih didapur.
Masih sibuk menyediakan juadah raye.
Nasi briyani & ayam masak merah
Nasib le suami ku jenis yg ringan tulang
Kalau bab di dapur, actually.. he’s the best...suamiku yg akan modified mana yg xcukup rasa.
11.00
Baru ke rumah bapa saudara kat tepi umah. Mkn nasi dagang ngan udang gulai.
Sembang- sembang
12.00
Balik umah. Layan tetamu jap
1.00
Bertandang ke rumah adik kesayangan suamiku (my brother in law) @ pasir putih


Thursday 8 September 2011

harta mengangkat manusia

siapa byak duit, dia yang berkuasa...itu adalah lumrah kehidupan yang tidak boleh ditolak. 
manusia akan memandang pada harta....
manusia mencari kawan kerana hartanye...
melihat hartanya...
boss memandang staffnye kerana hartanya..

Tuesday 2 August 2011

melawan perasaan malas

hari ini merupakan hari kedua puasa pada bulan ramadhan. hari ini aku 'Stay Back'@ office. Keje tengah banyak. Lagipun dapat claim elaun makan- Rm50 kalau stay 4 jam.dari 4.30-8.30. mula-mula malas, tapi aku lawan juga. Balik dari office sempat lagi aku pg terawih. kemudian balik dari terawih aku ajar anak2 mengaji kejap. pas tu lipat kain. kalau nak ikut penat, memang penat tapi kalau tak lawan malas, memang tak akan dapat buat apa2. walaupun buat itu ini, tak lah rasa letih. tadi ada ceramah kat opis. Penceramah jemputan ialah ustazah Nor Bahhiyah dan ustaz wan akashah. Masih ingat kata2 penceramah tadi kita hidup sekejap sahaja. tak lama. kalau kita tak buat, hidup kita mcm tu je. bekalan apa yang kita nak bawa bersama kain putih nanti? Maka rebutlah peluang yang ada ini. entahkan kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang?

Sunday 15 May 2011

mendung kan berarak pergi

Hidup ini umpama roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Januri-April, terlalu banyak cabaran yang perlu ku tempuhi. Namun aku yakin segalanya akan kembali cerah. Allah maha adil pada hambanya