Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Showing posts with label Bicara Cikjaa. Show all posts
Showing posts with label Bicara Cikjaa. Show all posts

Wednesday, 6 January 2021

Perjalanan kehidupan

Sudah hari keenam kita berada di tahun 2021. 
Masih lagi bersambung dengan cerita COVID-19 yang tetap mencatatkan angka 4 digit. 
Kelihatan tiada lagi tanda-tanda untuk 'menang' melawan musuh tidak bersenjata ini. 
Awal tahun 2021 ini juga, cerita banjir dibicarakan di setiap saluran media. 
Banjir teruk melanda Pahang, Johor dan Terengganu kini.
Kisah ini, biasanya telah berakhir di setiap hujung tahun. 
Ujian COVID-19 dan banjir menuntut kefahaman yang tinggi setiap dari kita akan betapa Allah sedang mengajar kita tentang 'sesuatu'.


Selalunya mendung hitam akan berarak pergi jua


 

Setiap hujan panas akan disertai kehadiran pelangi


Walaupun dalam keterpaksaan menghadapi kesukaran ini, perjalanan tetap perlu diteruskan.

Di perjalanan....
Jika terpijak duri, bertabahlah dengan tusukan itu
Jika beban digalas, bertahanlah dengan berat itu
Jika bertemu sang pelangi, nikmatilah keindahan itu
Jika terasa penat, berhentilah menahan lenguh itu...

Ada ketika kita berjalan
Ada kala kita berlari
Ada masa kita terjatuh
Ada waktu kita bangkit

Itulah, kisah di perjalanan kehidupan ini. 
Ada yang sampai menuju destinasi
Ada yang tersasar sebagai pelari
Ada sampai di hujung perjalanan
Ada terhenti di simpang jalan.












Bersyukur siapa pun kita..


Suri rumah

Bila balik kerja terasa sangat penat.
Macam-macam nak kena buat, dan masak lagi.
Kemas rumah. Tengok kerja sekolah anak.
Semua benda kena buat lagi.
Kekadang rasa cemburu pada suri rumah.

Selalu terpikir....
Seronoknya mereka duduk di rumah.
Masa panjang. Macam macam boleh buat.
Kami yang kerja ni nak buat semua tu tapi tak cukup masa.

Sekarang...merasa sendiri.

Bila kena duduk rumah tempoh PKP ni
Betapa dapat rasa seorang suri rumah
Dah tak tahu nak masak apa.
Kain lencun kerana asyik di sinki sahaja.
Baru dapur nak cantik.
Makan lagi dan lagi dan lagi.

Teringat suri rumah sepenuh masa.
Bagaimana mereka hadap semua ni.
Setiap hari di rumah.
Setiap hari kena pikir
Nak masak apa.
Pagi dah selesai.
Fikir menu tengahari pula.
Malam sudah tentu kena masak lagi.

Terpikir bagimana ibu-ibu kita dulu buat semua ini.
Seingat aku pukul 10 dah mula masuk dapur. Kalau nak buat sambal kena giling cili semua.
Nak santan, kena kopek kelapa dulu, kemudian belah, kukur sendiri dan baru diperah untuk
dapatkan santan nya.

Sedikit mudah untuk ibu-ibu zaman moden ini.
Nak resei blh google. Paling tak, telefon ibu di kampung. Buku resepi bersepah di kedai buku.
Masak pun sekejap sahaja.

Apapun sentiasa syukur. Apa yang kita hadap hari ini terima seadanya. Sentiasa positif.
Guna lah sebaik masa yang ada kerana bila kembali seeri sedia, kali mula terasa nak dok rumah kembali.. .



Monday, 29 February 2016

Anak adalah harta dunia & akhirat

12 Ramadhan.....


On the way balik rumah, aku memandu bersendirian. Kereta bergerak perlahan. Biasa lah bulan puasa macam ni. Ketika menaiki flyover susur ke Sime Darby Jalan Sultan  Ismail, kereta berhenti kerana jalan agak sesak...tiba-tiba mataku

Saturday, 28 February 2015

Ujian Allah



"bila Allah berkehendak.....dan .kita berkehendak.....maka kehendak Allah yang jadi......"

Aku masih ingat pada cerita banjir yang melanda kampungku, malah seluruh kelantan pada tarikh keramat 22 December 2014. Aku, suami dan anak-anak tidak melepaskan peluang cuti hujung tahun untuk pulang ke kampung sempena cuti Perayaan Krismas pada 25/12/2014.Kami begitu teruja untuk pulang bercuti di kg kami Pasir Mas, Kelatan.

Sepanjang berada di kampung, hampir 2,3 minggu hujan  turun...kekadang lebat, kekadang renyai membasahi bumi. Adat musim tengkujuh.

Pada sebelah petang aku meninjau air sungai kelantan yang sejarak lebih kurang 500 meter (aku agak)...
dari rumah. Dari pemerhatian ku sikit lagi air sungai hendak melimpah ke tebing. Air yg keruh itu, kelihatan berusaha "menjolok" untuk menaiki tebing..

Wednesday, 9 July 2014

Antara syuruk-isyrak-duhaa


"belajar adalah proses pembelajaran yang berterusan..."

Situasi:

Seorang  wanita bertanya Ustaz.

Soalan:
" Ustaz boleh kah jika kita sembahyang sunat taubat dan sunat hajat pada waktu syuruk, kemudian  bila masuk waktu duhaa, kita menunaikan solat sunat duhaa pula?"

Wednesday, 3 October 2012

pagi hingga malam

Jarum jam  menunjukkan pukul 7.45 malam. Tinggal lagi lebih kurang 1 jam lagi masa nak balik tepat 9.15 malam
"wah! leganya".. Jari jemari ku masih lagi  laju menekan  keyboard.
Satu demi satu helaian borang itu aku semak. Kemudian aku turunkan tandatangan ringkas, menandakan dokumen itu dan maklumat semua ok serta telah diluluskan…
“eee…bila la nak habis kerje ni …” hati bagai meronta..merungut..(masa mula-mula mintak kerja dulu bukan main..sanggup buat apapun, janji dapat kerja…hihi)
2 minggu sebelum puasa kami dah kesibukan. Dalam bulan puasa…masih berterusan…
”namun Raya tetap raya…lepas raya… lain kira.”… itu lah masa syok nak beraya
Alih2, lepas raya, dah sebulan lebih masih kerja hingga  ke malam….huhu. Badan dah penat2, dah…
seingat aku  sejak2 sibuk ni…kemahiran  memasak aku dah semakin hilang…aku dah tak tahu dah  nak masak apa….dah lama tak masak….boleh katakan  semua kerja rumah dah  ‘terbengkalai’
namun….Semuanya akan berakhir….2 minggu lagi…lepas ni aku nak berehat puas-puas dekat
Ho Chih Min…Dah penat kerja…makan angin pula….


Inilah sebahagian… dari Dokumen yang perlu diproses….. kat tepi aku duduk…kat atas meja…semua ada…meja pun dah tak rupa meja dah…