Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Wednesday 6 January 2021

Perjalanan kehidupan

Sudah hari keenam kita berada di tahun 2021. 
Masih lagi bersambung dengan cerita COVID-19 yang tetap mencatatkan angka 4 digit. 
Kelihatan tiada lagi tanda-tanda untuk 'menang' melawan musuh tidak bersenjata ini. 
Awal tahun 2021 ini juga, cerita banjir dibicarakan di setiap saluran media. 
Banjir teruk melanda Pahang, Johor dan Terengganu kini.
Kisah ini, biasanya telah berakhir di setiap hujung tahun. 
Ujian COVID-19 dan banjir menuntut kefahaman yang tinggi setiap dari kita akan betapa Allah sedang mengajar kita tentang 'sesuatu'.


Selalunya mendung hitam akan berarak pergi jua


 

Setiap hujan panas akan disertai kehadiran pelangi


Walaupun dalam keterpaksaan menghadapi kesukaran ini, perjalanan tetap perlu diteruskan.

Di perjalanan....
Jika terpijak duri, bertabahlah dengan tusukan itu
Jika beban digalas, bertahanlah dengan berat itu
Jika bertemu sang pelangi, nikmatilah keindahan itu
Jika terasa penat, berhentilah menahan lenguh itu...

Ada ketika kita berjalan
Ada kala kita berlari
Ada masa kita terjatuh
Ada waktu kita bangkit

Itulah, kisah di perjalanan kehidupan ini. 
Ada yang sampai menuju destinasi
Ada yang tersasar sebagai pelari
Ada sampai di hujung perjalanan
Ada terhenti di simpang jalan.












Bersyukur siapa pun kita..


Suri rumah

Bila balik kerja terasa sangat penat.
Macam-macam nak kena buat, dan masak lagi.
Kemas rumah. Tengok kerja sekolah anak.
Semua benda kena buat lagi.
Kekadang rasa cemburu pada suri rumah.

Selalu terpikir....
Seronoknya mereka duduk di rumah.
Masa panjang. Macam macam boleh buat.
Kami yang kerja ni nak buat semua tu tapi tak cukup masa.

Sekarang...merasa sendiri.

Bila kena duduk rumah tempoh PKP ni
Betapa dapat rasa seorang suri rumah
Dah tak tahu nak masak apa.
Kain lencun kerana asyik di sinki sahaja.
Baru dapur nak cantik.
Makan lagi dan lagi dan lagi.

Teringat suri rumah sepenuh masa.
Bagaimana mereka hadap semua ni.
Setiap hari di rumah.
Setiap hari kena pikir
Nak masak apa.
Pagi dah selesai.
Fikir menu tengahari pula.
Malam sudah tentu kena masak lagi.

Terpikir bagimana ibu-ibu kita dulu buat semua ini.
Seingat aku pukul 10 dah mula masuk dapur. Kalau nak buat sambal kena giling cili semua.
Nak santan, kena kopek kelapa dulu, kemudian belah, kukur sendiri dan baru diperah untuk
dapatkan santan nya.

Sedikit mudah untuk ibu-ibu zaman moden ini.
Nak resei blh google. Paling tak, telefon ibu di kampung. Buku resepi bersepah di kedai buku.
Masak pun sekejap sahaja.

Apapun sentiasa syukur. Apa yang kita hadap hari ini terima seadanya. Sentiasa positif.
Guna lah sebaik masa yang ada kerana bila kembali seeri sedia, kali mula terasa nak dok rumah kembali.. .



Sunday 26 April 2020

Aktiviti Ketika PKP Danish

Buku Bacaan Danish ketika PKP - Impian Mimpi Jalanan

Mengisi masa dengan membaca-Ketika PKP.


Apa yang aku buat bagi mengisi masa  anak-anak dengan aktiviti yang bermanafaat ialah dengan cuba mencari jalan bagaimana untuk menarik minatnya membaca buku. Aku tidak mahu dia asyik dengan phone sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti berfaedah. 

So, aku dapat idea untuk paksa nya secara berhikmah  supaya nak baca buku. Buku yang aku rasakan sangat baik, sesuai untuk danish adalah buku karya Teme Abdullah.

Nak suruh anak baca buku ni nak kena ada teknik nya juga kan. Walau pun dah remaja kalau tak pandai tackle dia, memang dia tak mahu baca buku. Lebih seronok melayan game di phone.

Cara nya begini:-

  • Aku tentukan  berapa mukasurat yang perlu dibaca setiap hari dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, jika sebuah buku itu mempunyai 300 mukasurat, dan perlu dihabiskan dalam masa dua minggu (mengikut tempoh masa PKP), maka aku akan bahagikan 300/14 = 21. 
  • Jadi Danish perlu baca sebanyak 21 mukasurat setiap hari. 
  • Aku akan tandakan tarikh-tarikh pada buku tersebut (seperti dalam gambar). Alhamdulillah setakat ini dia berjaya habiskan dalam masa yang ditetapkan.


 Antara pencapaiannya setakat ini ialah:

  • Danish  berjaya menghabiskan dua buah buku karya Teme Abdullah iaitu Signature Autograf Jalanan dan  Pelukis Arkitek Jalanan. Ternyata buku ini menarik minat nya.
  • Buku ketiga, Impian Mimpi Jalanan lewat sedikit habis daripada tarikh yang disasarkan. Mungkin kerana berpuasa, dia lebih banyak berehat. katannya tak larat nak baca buku.
  • Setiap pagi  selepas solat subuh, dalam pukul 7.00 pagi dengan sendiri beliau akan ambil quran untuk dibaca. Sementara aku akan menyemak dan menegur bacaannya. Nampaknnya semakin lamcar dan semakin seronok untuk membaca al-quran.
  • Danish mula menghafal surah Al-mulk. walaupun baru berjaya menghafal tiga ayat..tapi itu merupakan satu perkara yang positif. Bukan apa, kalau tidak duduk bersamanya melihat bacaannya, dia lebih bermain game dalam phone.
  • Danish mengikuti kelas pembelajaran dengan guru sekolahnya. Kelas tersebut diadakan tiga kali seminggu selama 1-2 jam. Guru akan memberi latihan. 

Bersyukur, disebalik PKP ini, banyak perakara baik yang boleh dilakukan. Walaupun tidak banyak sekurang-kurang nya perkara ini diharap dapat menjadikan danish untuk sentiasa membaca al-quran dan  minat membaca buku dengan sendirinya,

#Stayhome
#Staysafe
#Staypositif

Aktiviti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Penghujung tahun 2019 sekitar Disember media massa dan media sosial mula melaporkan, dan bercerita berkaitan dengan Coronavirus yang menyerang negara China. Wabak itu dilaporkan bermula dari sebuah pasar basah makanan eksotik daerah Wuhan. Sejak daripada itu, setiap hari ada saja cerita berkaitan dengan bahaya wabak ini yang begitu mudah menjangkiti sesiapa sahaja hanya melalui  sentuhan, batuk dan bersih.

Awal tahun 2020, setelah melihat keadaan wabak semakin serius dan tidak terkawal kerajaan mula mengambil langkah antara lain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

PKP telah diumumkan oleh kerajaan bermula pada 18 Mac 2020. Arahan ini adalah to minimize the human contact dalam memutuskan rantaian Covid 19.

PKP ini telah meliputi fasa 3 setakat penulisan ini.

Fasa Pertama - 18.03.2020 hingga 31.03.2020  
Fasa kedua - 01.04.2020 hingga 14.04.2020 
Fasa ketiga - 15.04.2020 hingga 28.04.2020 

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 40 kita di Malaysia berada di dalam PKP.
Tiada siapa menduga, tahun 2020 yang kita hadapi ini memberikan satu ujian, dan satu pengalaman baru  buat seluruh dunia.

25 tahun dahulu ketika di sekolah rendah mahupun sekolah menengah bila bercakap pasal tahun 2020 berbagai-bagai perkara bermain di kepala masing-masing.

Wawasan 2020 merupkan idea yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menggariskan 9 strategi di dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Ketika itu, sekiranya terdapat mata pelajaran seni lukis, guru akan meminta murid-murid membayangkan keadaan kita di tahun 2020. Maka mulalah setiap kita akan berangan, membayangkan keadaan 2020. Mulalah imaginasi hebat pun datang dalam kepala masing-masing, kereta boleh terbang, semua aktiviti tahun 2020 seolah-olah berlaku di ruang udara. Semua terasa canggih. Semua menjadi dekat. Pernah juga terfikir, sampaikah kita untuk menghadapi tahun 2020 nanti.

Syukur pada Allah, kita diizinkan untuk sampai ke tahun ini. bersyukur juga di atas ujian yang diberikan pada kita untuk tahun ini.

Berbalik kepada PKP ini, banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya. Antara aktiviti aku setakat ini seperti:
  • Mengaji Quran - Setiap pagi seusai solat subuh aku akan mengaji quran paling kurang 2 helai mukasurat. Sebelum ini aku hanya sempat mengaji setiap hujung minggu yang memang menjadi kewajipan aku. 
  • Menyemak bacaan mengaji anak bujangku, danish. Alhahdulillah, beliau walaupun dalam malas-malas setakat PKP ini tak pernah miss lagi mengaji.
  • Membaca buku - Buku yang tak sempat dibaca sebelum ini. setakat ini aku cuba habiskan buku The white dove flies again. Buku ini dibaca untuk meningkatkan kemahiran aku dalam bahasa Inggeris. Buku ini mengisahkan seorang anak muda yang cuba memajukan penduduk kampung yang miskin. Bahasa inggeris nya sangat simple. Seingat aku buku ini merupakan buku untuk pelajar universiti berkaitan dengan subjek tertentu. Tapi aku tidak pasti. 
  • Membaca semula buku Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah. Kali ini aku akan catit isi-isi penting dengan meletakkan sticky note dalam mukarsurat yang aku rasa ada isi-isi penting. Ini untuk memudahkan aku, tatkala, membelek buku ini, akan terus pada nota pentig si situ. 
  • Improve Bahasa Inggeris - Aku sedar bahasa Inggeris aku tidak sehebat orang lain. Aku masih dalam proses mempraktik terutama bercakap dalam bahasa Inggeris. Justeru itu aku akan membaca artikel-artikel dalam bahasa Inggeris dan perlu lebih banyak latihan bercakap.
  • Menghafal doa - Aku berjaya menghafal doa (dalam bahasa arab)  yang elok dibaca sebaik habis bacaan tahyat akihr iaitu doa semoga Allah melindungi diri dari empat perkara:
    • Azab api neraka
    • Azab kubur
    • Fitnah kehidupan dan kematian
    • Fitnah kejahatan dajjal.
  • Mengikuti kelas tajwid online - Menyertai kelas tajwid al-quran online bersama ustaz Zawawi. Kelas adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi hari Isnin dan Rabu. Buat masa ini kami telah membuat semakan pada, bacaan al-fatihah, tahhiyat akhir, dan akan belajar hukum tajwid pula. 
  • Membuat kek dan mencuba dan terus mencuba makanan yang aku suka untuk mendapatkan rasa yang  betul- betul terbaik. 
  • Deko ruang tamu supaya nampak lebih menarik. Aku tampal wallpaper batu-bata putih yang dibeli secara online. Untuk menampakkan ruang tamu ini lebih cantik aku letak pokok pisang artificial di tepi sofa. 
  • Membaca perkara-perkara berkaitan dengan kerja untuk memantapkan lagi pegetahuan berkaitan dengan kerja ku.
  • Menonton movie terutama cerita hindustan yang memang menjadi minat aku. Tapi tidak semua cerita hindustan aku suka. Dalam tempoh PKP ini antara cerita yang belum sitonton lagi yang aku tengok dan menarik ialah Baghii 1 dan 2, lakonan mantap Tiger Shroof, dan movie bertajuk  Blind dan Super 360 lakonan Hitrik Roshan. 
  • Memasak untuk anggota bujang bomba dalam 2/3 orang memandangkan tiada kedai atau restoran dibuka. Aktiviti ini pada awal-awal PKP dan tidak lah selalu. Itu pun jika ada permintaan. Pun begitu seronok sebab dapat mengembirakan orang lain. 
  • Aktiviti bersukan ada lah aku buat tapi memang boleh dibilang dengan jari. Kenapa ya? Entahlah, nak kata tak ada masa, masa ada jer. Mungkin aku tidak berminat untuk adakan masa bagi aktiviti ini. 
Itu adalah sebahagian aktiviti yang aku buat. Aku tidak merasa bosan malahan terasa masih belum cukup masa untuk membuat banyak lagi aktiviti. 

Selamat berPKP. 
#stayhome 
#stayhappy 
#staysafe







Saturday 28 April 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tajuk: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
Lokasi : PWTC
Tarikh : 27 April -6 Mei 2018.

Pada hari  pertama lagi aku sudah sampai ke sini. Tujuannya nak beli buku-buku yang memang dah ada dalam kepala.

Aku bertolak dari opis di Kl Sentral menaiki grab bersama rakan sekerja, Nab. Bayar RM11.00, aku selamat sampai di PWTC.

Grab hantar kami di bahagian sebelah atas, iaitu daripada laluan tepi sekolah Menengah Maxwell. Pintu arah sini membawa kami terus ke dalam PWTC di tingkat 5.

Aku sememangnya tahu nak tuju mana. Booth bernombor 4201. Aku dan Nab berpecah sementara. Terus aku berjalan ke booth yang aku dah target. Sampai di sini, mata terus melilau mencari buku yang hendak dibeli.

Wow! banyaknya buku" Hatiku mula berkata-kata.

Ya!, Aku dah jumpa buku itu:
Impian Mimpi Jalanan
Empayar

Kedua-dua buku ini adalah karya Teme Abdullah. Aku membeli buku ini secara kombo dengan harga RM55.00 iaitu jimat RM10.00 daripada harga asal bagi dua-dua buku ini.

Selepas membayar di kaunter, aku bergerak ke Booth sebelah. Buku travelog pula. Banyak buku baru-baru.
Yeah!, 3 buku travelog hanya dengan harga RM60.00. Apa lagi aku terus grab buku-buku travelog yang aku rasa menarik.
Melbourne & Syedney dalam masa 10 hari
Salam kembara Pakistan
Backpack Jejak Avatar di China

Aku semestinya meminanti buku-buku travelog. Seronok membaca pengalaman orang yang sudah ke suatu tempat., lagi-lagi tempat yang memang aku berangan nak pergi.

Harap suatu hari aku juga dapat ke destinasi-destinasi yang menjadi pilihan aku. Buat masa ini aku hold  dulu hasrat dan segala keinginan bagi memberi ruang untuk aku settlekan dahulu banyak perkara yang tertangguh dan yang perlu diselesaikan.

Ingat!
"Impian akan bermula dengan bermimpi". Betulkan?

Dalam perjalanan untuk keluar dari dewan matuku terpandang suatu buku karya Roza Roslan.

"Akak, ni buku baru. Akak dah beli belum buku Amirul Anak Sudan?" Aku disapa seorang adik yang sedang jaga booth itu.

Ya!, Jawab ku sambil menganggukkan kepala. Kalau tak beli lagi aku boleh beli dengan harga kombo untuk buku Amirul Anak Sudan dan Seminggu di Syurga (Buku baru).

Akhirnya aku beli buku baru itu dengan membayar RM20.00 tanpa Amirul Anak Sudan.

Kebanyakkan booth-booth menawarkan buku secara kombo dengan harga yang begitu murah. Seperti biasa tamak melihat buku membuat hati meronta-ronta untuk membeli buku-buku lain dan kalau boleh semua. Hermmmm...rosliza.



Bag Plastik- PBAB KL 2018 


Add caption
Buku-Buku Karya Teme
Kombo Buku baru Teme

Booth Iman Publication



Buku-buku travelog












Friday 27 April 2018

Aku dan Buku


"Reading is to the mind, what excersice is to the body" - Joseph Addision

Hampir dua tahun aku 'menyepi' dari laman ini. Aku bagaikan menghilang tanpa jejak dan khabar berita.

Entah kenapa. Bukan tiada cerita. Bukan juga sakit. Mungkin, sedikit bizi. Kekadang sedikit cerita itu aku sudah update di instagram aku.

Walau banyak cerita. Setiap perjalanan dari hari ke hari ada saja cerita gembira, lucu, sedih namun aku tidak mampu untuk melontarkan nya di sini.

Kini aku kembali untuk menghias laman sepi ini setelah dua tahun 'menghilang diri'.

Sekembalinya aku di sini...ingin aku bercerita sedikit aktiviti sepanjang dua tahun ini

Kisah Aku dan Buku

Kenapa aku suka baca buku? 
Buku apa aku suka baca? 

Ketika zaman sekolah aku sudah mula suka baca buku- buku motivasi. 

Setiap kali ada perasaan malas untuk belajar, aku akan ambil buku motivasi, baca kata-kata pesanan dan dorongan dari buku itu. 

Jika pada sesuatu masa aku rasa, 'down' aku juga akan ambil buku- buku yang membangkitkan semula semangatku. 

Aku suka baca buku sejak kecil.
Buku adalah teman rapatku. Walaupun buku yang kubeli masih banyak yang tak sempat untuk dibaca namun aku terus membeli dan membeli. 

Bau buku  berjaya menarik kehadiranku setiap kali lalu di depan kedai buku. Melihat susunan buku- buku teratur di atas rak,  aku rasa teruja. Setiap kali ke kedai buku MPH, Popular, The Boarders, dan lain-lain ada tempat tertentu yang aku tuju. 

Setiap kali itu tajuk-tajuk buku satu persatu aku perhati.  Mata melirik pada tajuk buku-buku di situ. Bila buku yang dicari ada, aku capai buku yang itu, lantas terus ke kaunter bayaran dan aku rasa seronok. Tidak lengkap jika hariku atau weekend ku tidak ke kedai buku.

Nazali Noor, Roza Roslan, Prof Muhd Kamil, Teme Abdullah, Muhamad Hafiz Ismail dan ramai lagi nama  penulis yang aku tidak sebut di sini adalah antara penulis yang aku tunggu hasil karya mereka.

Impian kecilku, andai buku-buku ini tidak dapat diwarisi pada anak-anakku jika mungkin kerana mereka tidak ada minat sepertiku, akan aku sedekahkan buku-buku ini buat tatapan mereka yang minat membaca. 

Sekurang-kurangnya menjadi bekal pahala aku di akhirat sana jika ada ilmu bermanafaat yang mereka dapat melalui pembacaan buku-buku ini yang aku wakafkan ini.

Antara koleksi buku-buku yang aku beli.


Koleksi buku-buku 



Koleksi buku-buku 





Saturday 4 February 2017

Lexis Hibiscus

Bersantai di @lexis hibiscus, Port Dickson - 4 February 2017.

Walaupun pemilihan percutian aku yang pendek ini agak mahal, tapi aku memang datang ke sini untuk berehat dalam erti kata yang memang betul-betul ingin berehat. Walau pun agak mahal tapi yang penting kami semua enjoy.

Monday 29 February 2016

Anak adalah harta dunia & akhirat

12 Ramadhan.....


On the way balik rumah, aku memandu bersendirian. Kereta bergerak perlahan. Biasa lah bulan puasa macam ni. Ketika menaiki flyover susur ke Sime Darby Jalan Sultan  Ismail, kereta berhenti kerana jalan agak sesak...tiba-tiba mataku

Monday 18 January 2016

Chef cilik

"Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi"

Anak ketiga dalam keluarga. Aku memberinya nama sebagai muhamad danish hakim sama nama dengan anak pelakon abby abadi dan norman hakim. Masa tu aku buntu nak letak nama. Alih-alih aku tiru nama anak abby abady.
Aku gelarnya baby cheese. Suka makan cheese. Semua makanan berasas cheese digemarinya. Danish vs cheese.
Bila sesuatu makanan ada cheese, eermmm terasa sungguh sedap di tekaknya.. Keletahnnya sentiasa membuat aku tersenyum. Seindah namanya, sehebat maknanya...beliau anak yang bijak dan baik.

Chef cilik di dapur. Sundah pandai buat sup ayam, ayam goreng kunyit, ayam tepung,...dan semua ayam kerana itulah lauknya. Minat memasak sudah nampak keterserlahannya.

Bab kata pepatah " ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi...". Seperti mana abahnya yang suka memasak, minatnya juga suka memasak. Di usia 12 tahun rajinnya beliau  ke dapur... Mencuba menu pelbagai. ...sesuai dengan apa yang hendak dimakan...dan hasilnya malam tadi dia mencuba masak ayam butter...sedappp.

               hasil air tangan anak bujang.  
danish chiken cheese