Apa itu Kandil?
Merujuk kepada kamus Dewan, kandil bermaksud lampu, pelita, kaki lilin
Kenapa di kaki gunung?
Kandil di kaki gunung adalah merupkan kisah perjalanan hidup penulis yang juga dilalui oleh orang biasa yang lain seperti kita juga.
Kisah impian hati seorang anak kecil yang tinggal di kaki Gunung Ledang namun berkemahuan besar untuk ke luar negara.
Akhirnya hasrat anak kecil berusia 12 tahun itu terlaksana 12 tahun kemudian...dan sebuah cerita pun bermula.....
'Belajarlah berenang. Kita tidak akan ke mana-mana sekiranya tidak menggerakkan kaki, tangan dan badan dan menggunakan kepala".- sebuah pesanan Roza Roslan
Cukup dalam makna yang tersirat di sebalik kata-kata ini. Tanpa usaha, impian kita akan tinggal impian. Semua keinginan dan cita-cita akan berkubur bersama masa yang bergerak.
Kandil di kaki gunung |