Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Wednesday, 6 January 2021

Perjalanan kehidupan

Sudah hari keenam kita berada di tahun 2021. 
Masih lagi bersambung dengan cerita COVID-19 yang tetap mencatatkan angka 4 digit. 
Kelihatan tiada lagi tanda-tanda untuk 'menang' melawan musuh tidak bersenjata ini. 
Awal tahun 2021 ini juga, cerita banjir dibicarakan di setiap saluran media. 
Banjir teruk melanda Pahang, Johor dan Terengganu kini.
Kisah ini, biasanya telah berakhir di setiap hujung tahun. 
Ujian COVID-19 dan banjir menuntut kefahaman yang tinggi setiap dari kita akan betapa Allah sedang mengajar kita tentang 'sesuatu'.


Selalunya mendung hitam akan berarak pergi jua


 

Setiap hujan panas akan disertai kehadiran pelangi


Walaupun dalam keterpaksaan menghadapi kesukaran ini, perjalanan tetap perlu diteruskan.

Di perjalanan....
Jika terpijak duri, bertabahlah dengan tusukan itu
Jika beban digalas, bertahanlah dengan berat itu
Jika bertemu sang pelangi, nikmatilah keindahan itu
Jika terasa penat, berhentilah menahan lenguh itu...

Ada ketika kita berjalan
Ada kala kita berlari
Ada masa kita terjatuh
Ada waktu kita bangkit

Itulah, kisah di perjalanan kehidupan ini. 
Ada yang sampai menuju destinasi
Ada yang tersasar sebagai pelari
Ada sampai di hujung perjalanan
Ada terhenti di simpang jalan.












Bersyukur siapa pun kita..


Suri rumah

Bila balik kerja terasa sangat penat.
Macam-macam nak kena buat, dan masak lagi.
Kemas rumah. Tengok kerja sekolah anak.
Semua benda kena buat lagi.
Kekadang rasa cemburu pada suri rumah.

Selalu terpikir....
Seronoknya mereka duduk di rumah.
Masa panjang. Macam macam boleh buat.
Kami yang kerja ni nak buat semua tu tapi tak cukup masa.

Sekarang...merasa sendiri.

Bila kena duduk rumah tempoh PKP ni
Betapa dapat rasa seorang suri rumah
Dah tak tahu nak masak apa.
Kain lencun kerana asyik di sinki sahaja.
Baru dapur nak cantik.
Makan lagi dan lagi dan lagi.

Teringat suri rumah sepenuh masa.
Bagaimana mereka hadap semua ni.
Setiap hari di rumah.
Setiap hari kena pikir
Nak masak apa.
Pagi dah selesai.
Fikir menu tengahari pula.
Malam sudah tentu kena masak lagi.

Terpikir bagimana ibu-ibu kita dulu buat semua ini.
Seingat aku pukul 10 dah mula masuk dapur. Kalau nak buat sambal kena giling cili semua.
Nak santan, kena kopek kelapa dulu, kemudian belah, kukur sendiri dan baru diperah untuk
dapatkan santan nya.

Sedikit mudah untuk ibu-ibu zaman moden ini.
Nak resei blh google. Paling tak, telefon ibu di kampung. Buku resepi bersepah di kedai buku.
Masak pun sekejap sahaja.

Apapun sentiasa syukur. Apa yang kita hadap hari ini terima seadanya. Sentiasa positif.
Guna lah sebaik masa yang ada kerana bila kembali seeri sedia, kali mula terasa nak dok rumah kembali.. .