Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Friday, 5 April 2013

Begitulah..aku

"Solat itu tiang agama.."


Fajar mula menyinsing
Saat mentari  kian terbit  







Anak..anak, …bangunnnn!.. solat subuh…waktu dah nak habis” begitulah aku  setiap pagi..Aku tidak sanggup membiarkan anak-anak lena diulit mimpi,  berselimutkan blanket masing-masing. Indah dibuai 
mimpi..suatu saat yang cukup lazat. Jika tak dikejutkan bangun…hilanglah satu
kewajipan yang tak tertanggung dosanya.. 
mentari megah bersinar
 Aku harus ada rasa ‘dengki’ seandainya melihat anak-anak lena tidur sehingga lewat tengahari tanpa  bangun menunaikan solat subuh. Sebagai ibubapa dan sebagai ibu,..aku harus bertegas dan tidak boleh berkompromi membiarkan mereka menggadaikan waktu subuh semata- mata kesian pada mereka…kesian kerana mengganggu tidur mereka.

fajar kian pergi
Dengan mata agak-agak pejam celik..pejam celik mereka bergerak malas menuju bilik air, mengambil wudhu…langsung terus menunaikan solat subuh..

             ketenangan laut waktu pagi
Hati bergolak gembira tatkala melihat anak- anak tetap bangun mengerjakan solat subuh..walaupun sayang dengan tidur mereka. Biarlah keadaan ini menjadi satu kebiasaan…nanti mereka akan seronok dan merasa bersalah jika meninggalkan walau satu waktu solat.

Ombak tenang membadai pantai 
Sebagai ibu bapa tiada apa yang diharapkan pada anak-anak..selain meminta yang terbaik untuk anak-anak…menjadi insan yang beguna..sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya pada tempat paling teratas…dan sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya

Sebagai ibu setiap kali selepas solat tidak lupa aku menitipkan doa pada Allah..agar mengurniakan  mereka jodoh yang baik… pekerjaan yang baik…dan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah

Sebagaimana aku kini…begitulah ibuku dulu…setiap kali bangun sembahyang subuh…beliau tidak akan lupa mengejutkan anak-anaknya…beliau akan memastikan anak-anaknya akan bangun menunaikan solat. Kami tidak dibiarkan tidur sehingga matahari meninggi..

Ombak mula membadai pantai 
Seusai solat subuh..aku akan menolong mengemas rumah..dan aku jenis yang suka membaca buku-buku (terutamanya buku motivasi)…tidak suka membuang masa dengan perkara tak berfaedah..
Aku akan menyusun masa belajar ku.tatakala remaja aku bukan jenis yang  bila balik sekolah berpeleseran ke sana kemari…

Begitulah aku…akan sentiasa bertanya anak-anakku
“…dah solat magrib?”…solat isyak?..”.begitulah seterusnya…di samping itu andai ada masa aku akan menyampaikan sedikit tazkirah buat mereka…(selalunya….time mengaji)..aku akan mengingatkan mereka supaya rajin baca Quran.. terangkan pada mereka..kenapa perlu banyak baca Quran..kenapa mereka perlu menjadi anak-anak yang soleh…semua ku jelaskan..( aku tidaklah pandai …tapi sekadar menyampaikan apa yang aku belajar…dan dengar  dari ceramah.yang aku hadiri.)
Indahnya alam milik Allah
Biar mereka faham…biar mereka malu andainya tak menutup aurat…biar mereka tahu yang mana baik..dan yang mana buruk..

Aku sentiasa teringatkan kata-kata hikmah Prof Muhaya
’kita membesarkan anak-anak atau kita membesarkan raksaksa dalam rumah kita…”




No comments:

Post a Comment