Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Saturday, 28 February 2015

Ujian Allah



"bila Allah berkehendak.....dan .kita berkehendak.....maka kehendak Allah yang jadi......"

Aku masih ingat pada cerita banjir yang melanda kampungku, malah seluruh kelantan pada tarikh keramat 22 December 2014. Aku, suami dan anak-anak tidak melepaskan peluang cuti hujung tahun untuk pulang ke kampung sempena cuti Perayaan Krismas pada 25/12/2014.Kami begitu teruja untuk pulang bercuti di kg kami Pasir Mas, Kelatan.

Sepanjang berada di kampung, hampir 2,3 minggu hujan  turun...kekadang lebat, kekadang renyai membasahi bumi. Adat musim tengkujuh.

Pada sebelah petang aku meninjau air sungai kelantan yang sejarak lebih kurang 500 meter (aku agak)...
dari rumah. Dari pemerhatian ku sikit lagi air sungai hendak melimpah ke tebing. Air yg keruh itu, kelihatan berusaha "menjolok" untuk menaiki tebing..