Aku masih ingat pada cerita banjir yang melanda kampungku, malah seluruh kelantan pada tarikh keramat 22 December 2014. Aku, suami dan anak-anak tidak melepaskan peluang cuti hujung tahun untuk pulang ke kampung sempena cuti Perayaan Krismas pada 25/12/2014.Kami begitu teruja untuk pulang bercuti di kg kami Pasir Mas, Kelatan.
Sepanjang berada di kampung, hampir 2,3 minggu hujan turun...kekadang lebat, kekadang renyai membasahi bumi. Adat musim tengkujuh.
Pada sebelah petang aku meninjau air sungai kelantan yang sejarak lebih kurang 500 meter (aku agak)...
dari rumah. Dari pemerhatian ku sikit lagi air sungai hendak melimpah ke tebing. Air yg keruh itu, kelihatan berusaha "menjolok" untuk menaiki tebing..
"Tak mungkin air akan melimpahi tebing ni dalam masa terdekat...." hatiku berdetik.
namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ketika lena diulit mimpi, aku terdengar suara ayahku menjerit minta kami bangun mengalihkan kereta yang berada di laman rumah kerana air sudah memenuhi tempat parking kereta. Aku memandang jam. Jarum jam menunjukkkan pukul 3.00 pagi.
Segalanya berlaku begitu cepat..air naik mendadak. Sehingga pukul 11.00 pagi air sudah naik sampai paras pinggang.....Allahuakbar!
kami diarah berpindah.
Sebelum berpindah aku sempat memindahkan kerusi dan sofa ke ruang tamu ku yg lebih tinggi...
12.00 tengahari pada 25 December 2014 hari yang sepatutnya aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur, aku terpaksa berpindah ke tempat perpindahan. Walau aku ingin pulang ke Kuala Lumpur sekali pun tidak mungkin kerana semua laluan ke Kuala Lumpur ditutup.
Ya Allah!, aku redha atas ketentuan ini. Merasai sendiri peristiwa banjir besar, aku ambil hikmah dan pengajaran melihat ia dari sudut positif. Ya Allah!, banyak hikmah yang ingin kau berikan sebenarnya.
Ketika catatan ini ditulis...(2 bln selepas peristiwa tersebut) rupanya apa yg Allah janjikan bagi org yang sabar, ikhlas dan redha adalah benar....
Allah hendak mengajar kita bersabar....melihat dan menginsafi kekuasaanNya, walau apa keadaan sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan, tidak boleh membazir, perlu bersatu hati...dan banyak lagi.
Allah juga hendak mengajar kita, memperlihatkan kita bagaimana keadaan orang yang susah, orang yang tidak cukup makan, bilamana elektrik dan air tiada....dan bila makanan tidak cukup....
Aku bersyukur kerana Allah menguji aku sedikit sahaja berbanding orang lain yang lebih teruk....
"Ya Allah! berilah kesabaran, kekuatan dan ketabahan pada mereka-mereka yang teruk dilanda banjir".
Keadaan air pada pagi 25/12/2014, 11.00 pg |
27/12/2015, 11.00 pagi- Kesan selepas banjir |
28/12/2014-2 hari selepas banjir |
kerja-kerja mencuci ruang tamu selepas air mulai surut |
Video yang sempat dirakam ketika air naik mendadak |
No comments:
Post a Comment