Bizinya aku semenjak dua menjak ni…
Kerja hingga ke malam… time ni opis aku tengah menerima banyak penyata tahunan dan penyata kewangan bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di malaysia .
Masa ni kita orang tengah ‘peak period’.. sehingga perlu buat ‘ot’ lah katakan. Volume Dokumen lebih banyak dari biasa
Bermula puasa lagi kami dah sebuk..balik malam untuk menyemak maklumat –maklumat dalam penyata tahunan dan kewangan tersebut…
Lepas raya ni pun sama..sehinggalah penrtengahan bulan oktober..
Sepanjang tempoh itu juga aku, memang tak menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak, tak sempat nak masak…balik rumah dah penat..nak berehat je sambil tengok tv…sehingga lelap…
inilah rumah IdAmAn kami
“ makan kat sekolah ye!’ pintaku pada anak-anakku. Mahu taknya..bagun pagi pukul 6.30, memang tak sempat nak masak pun
Malam balik… dia orang dah makan…nasiblah ada mR.a yang sememangnya boleh dan mahir memasak.
lega sikit aku.
Kesibukan itu membuat aku tak sempat nak menulis, apatah lagi nak melayan blog aku ini…
Rindu rasanya nak berbicara di sini. Banyak yang nak dikatakan…banyak yang nak diceritakan… sepanjang tempoh itu…nak sambut birthday mR.a yang jatuh pada 16 September pun tak sempat. Mana tak nya 16 september kami mengambil peluang cuti 3 hari untuk balik ke kampong, untuk melihat rumah kami yang hamper siap..
Alhamdulillah..segala-galanya…sudah menjadi kenyataan..rumah idaman kami dah boleh diduduki awal oktober ni..perancangannya nak duduk dan buat sembahyang hajat pada 16 september…tapi tak sempat…
No comments:
Post a Comment