"Reading is to the mind, what excersice is to the body" - Joseph Addision
Hampir dua tahun aku 'menyepi' dari laman ini. Aku bagaikan menghilang tanpa jejak dan khabar berita.
Entah kenapa. Bukan tiada cerita. Bukan juga sakit. Mungkin, sedikit bizi. Kekadang sedikit cerita itu aku sudah update di instagram aku.

Walau banyak
cerita. Setiap perjalanan dari hari ke hari ada saja cerita gembira, lucu,
sedih namun aku tidak mampu untuk melontarkan nya di sini.
Kini aku
kembali untuk menghias laman sepi ini setelah dua tahun 'menghilang diri'.
Sekembalinya
aku di sini...ingin aku bercerita sedikit aktiviti sepanjang dua tahun ini
Kisah Aku dan Buku
Kenapa aku suka baca buku?
Buku apa aku suka baca?
Ketika zaman sekolah aku sudah mula suka baca buku- buku motivasi.
Setiap kali ada perasaan malas untuk belajar, aku akan ambil buku motivasi, baca kata-kata pesanan dan dorongan dari buku itu.
Jika pada sesuatu masa aku rasa, 'down' aku juga akan ambil buku- buku yang membangkitkan semula semangatku.
Aku suka baca buku sejak kecil.
Buku adalah teman rapatku. Walaupun buku yang kubeli masih banyak yang tak sempat untuk dibaca namun aku terus membeli dan membeli.
Bau buku berjaya menarik kehadiranku setiap kali lalu di depan kedai buku. Melihat susunan buku- buku teratur di atas rak, aku rasa teruja. Setiap kali ke kedai buku MPH, Popular, The Boarders, dan lain-lain ada tempat tertentu yang aku tuju.
Setiap kali itu tajuk-tajuk buku satu persatu aku perhati. Mata melirik pada tajuk buku-buku di situ. Bila buku yang dicari ada, aku capai buku yang itu, lantas terus ke kaunter bayaran dan aku rasa seronok. Tidak lengkap jika hariku atau weekend ku tidak ke kedai buku.
Nazali Noor, Roza Roslan, Prof Muhd Kamil, Teme Abdullah, Muhamad Hafiz Ismail dan ramai lagi nama penulis yang aku tidak sebut di sini adalah antara penulis yang aku tunggu hasil karya mereka.
Impian kecilku, andai buku-buku ini tidak dapat diwarisi pada anak-anakku jika mungkin kerana mereka tidak ada minat sepertiku, akan aku sedekahkan buku-buku ini buat tatapan mereka yang minat membaca.
Sekurang-kurangnya menjadi bekal pahala aku di akhirat sana jika ada ilmu bermanafaat yang mereka dapat melalui pembacaan buku-buku ini yang aku wakafkan ini.
Antara koleksi buku-buku yang aku beli.

Koleksi buku-buku |
Koleksi buku-buku |
No comments:
Post a Comment