Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Saturday, 4 February 2017

Lexis Hibiscus

Bersantai di @lexis hibiscus, Port Dickson - 4 February 2017.

Walaupun pemilihan percutian aku yang pendek ini agak mahal, tapi aku memang datang ke sini untuk berehat dalam erti kata yang memang betul-betul ingin berehat. Walau pun agak mahal tapi yang penting kami semua enjoy.

Pagi...
Aku sempat ke tempat kerja. Nama masuk dalam senarai untuk mengikuti training bagi sistem baru selaras dengan pelaksanaan Akta Syarikat 2016. Pukul 12.45, suami menjemputku terus dari pejabat untuk ke Port Dickson (PD)

Dalam perjalananan ke PD kami singgah makan KfC di hentian rehat n rawat Sungai Besi. Seusai makan, terus tanpa lengah kami menuju PD.

Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami tiba di situ. Anak-anak teruja tatkala memandang landmark Lexis Hibiscus di tepi jalan laluan masuk ke lexis hibiscus.


landmark Lexis Hibiscus
Ketika check in di kaunter kami disambut senyuman manis receptionist yang berbertugas.
"Can I have your booking number?" Seorang gadis manis memulakan urusan check in. Aku terus membaca no.booking yang ada dalam kertas yang aku sudah print siap-siap.

"One one nine five six two eight three -11956283". Satu persatu no.aku baca tanpa gagal.
"This booking under your name?" Gadis manis tadi meminta confirmation
"Yes, sure!" Aku mengiakan
"Can I have your Ic..?" Gadis itu dengan nada bersopan meminta pengenalan aku
"Oh,sure miss!" Aku menjawab.

Selepas membuat some checking base on my ic and booking number gadis itu meminta aku mengisi satu borang.
Selepas membuat some checking base on my ic and booking number gadis itu meminta aku mengisi satu borang.

"Fill up this form" sambil menghulurkan aku sekeping borang yang ditandakan x pada bahagian yang perlu diisi. Selesai isi borang..,

"Madam, you need to pay deposit RM300 upon check in."

"Sure!".Aku terus mengeluarkan cash sebanyak RM300 seperti yang diminta

Nota* : Jangan terkejut ketika check in anda perlu membayar wang deposit sebanyak RM300 terlebih dahulu walaupun anda sudah bayar RM800 untuk penginapan satu malam.

"Mem, your booking room is Sky Pool Villas , located in this building..".Gadis itu menerangkan lokasi bilik kami.

"Enjoy your holiday!". Dia menambah sambil tersenyum. Dalam slang seperti orang korea bercakap orang putih. Sempat mataku melirik pada tag namanya. "Cassender"..bisik hati kecilku.

Setelah urusan selesai aku diberi 2 access room cards.

"Your room number is 0811, at level 8. Wifi ID is 0811 and ...password is rosliza."
"Thank you!" Aku mengakhiri urusan check ini.


Kami mengambil lif untuk naik ke bilik kami di tingkat 8. Ketika pintu bilik di buka kami teruja sebab bilik agak luas dengan dua katil king. Terdapat pemisah berdinding dengan kawasan satu bilik yang menempatkan rak-rak dan almari.




Pemandangan dari bilik kami


Kain yang diletak di cadar katil


2 katil king dan TV besar.


Pemisah antara katil dan dapur



Laluan pejalan kaki untuk bersiar-siar di tepi pantai



Pemandangan bilik yang terletak di daun-daun bunga raya

Pemandangan dari atas bilik kamiPagi-pagi lagi aku bangun. Dapur elektrik yang aku bawa memang berguna. Sempat aku masak nasi lemak. Sambal dah aku buat siap-siap dari rumah. Celur maggi, goreng telur dadar. Taraaa, nasi lemak telur dadar dan sambal ikan bilis terhidang. Air nescafe gold yang dibawa dari rumah.



Nasi lemak telur dadar dan sambal + telur rebus, ulam timundan maggi goreng



Berselera kami makan di anjung hotel sambil melihat pemandangan di luar



Rice cooker berjenama trio ini yang hanya muat untuk satu pot nasi tapi amat berguna



Kerusi rehat sambil menemani anak mandi kolam



Kolam di anjung hotel ini.


Danish yang seronok mandi kolam



Danish dengan goggle nya


Kerusi tempat isterihat di anjung tepi kolam








No comments:

Post a Comment