Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Sunday, 26 April 2020

Aktiviti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Penghujung tahun 2019 sekitar Disember media massa dan media sosial mula melaporkan, dan bercerita berkaitan dengan Coronavirus yang menyerang negara China. Wabak itu dilaporkan bermula dari sebuah pasar basah makanan eksotik daerah Wuhan. Sejak daripada itu, setiap hari ada saja cerita berkaitan dengan bahaya wabak ini yang begitu mudah menjangkiti sesiapa sahaja hanya melalui  sentuhan, batuk dan bersih.

Awal tahun 2020, setelah melihat keadaan wabak semakin serius dan tidak terkawal kerajaan mula mengambil langkah antara lain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

PKP telah diumumkan oleh kerajaan bermula pada 18 Mac 2020. Arahan ini adalah to minimize the human contact dalam memutuskan rantaian Covid 19.

PKP ini telah meliputi fasa 3 setakat penulisan ini.

Fasa Pertama - 18.03.2020 hingga 31.03.2020  
Fasa kedua - 01.04.2020 hingga 14.04.2020 
Fasa ketiga - 15.04.2020 hingga 28.04.2020 

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 40 kita di Malaysia berada di dalam PKP.
Tiada siapa menduga, tahun 2020 yang kita hadapi ini memberikan satu ujian, dan satu pengalaman baru  buat seluruh dunia.

25 tahun dahulu ketika di sekolah rendah mahupun sekolah menengah bila bercakap pasal tahun 2020 berbagai-bagai perkara bermain di kepala masing-masing.

Wawasan 2020 merupkan idea yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menggariskan 9 strategi di dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Ketika itu, sekiranya terdapat mata pelajaran seni lukis, guru akan meminta murid-murid membayangkan keadaan kita di tahun 2020. Maka mulalah setiap kita akan berangan, membayangkan keadaan 2020. Mulalah imaginasi hebat pun datang dalam kepala masing-masing, kereta boleh terbang, semua aktiviti tahun 2020 seolah-olah berlaku di ruang udara. Semua terasa canggih. Semua menjadi dekat. Pernah juga terfikir, sampaikah kita untuk menghadapi tahun 2020 nanti.

Syukur pada Allah, kita diizinkan untuk sampai ke tahun ini. bersyukur juga di atas ujian yang diberikan pada kita untuk tahun ini.

Berbalik kepada PKP ini, banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya. Antara aktiviti aku setakat ini seperti:
  • Mengaji Quran - Setiap pagi seusai solat subuh aku akan mengaji quran paling kurang 2 helai mukasurat. Sebelum ini aku hanya sempat mengaji setiap hujung minggu yang memang menjadi kewajipan aku. 
  • Menyemak bacaan mengaji anak bujangku, danish. Alhahdulillah, beliau walaupun dalam malas-malas setakat PKP ini tak pernah miss lagi mengaji.
  • Membaca buku - Buku yang tak sempat dibaca sebelum ini. setakat ini aku cuba habiskan buku The white dove flies again. Buku ini dibaca untuk meningkatkan kemahiran aku dalam bahasa Inggeris. Buku ini mengisahkan seorang anak muda yang cuba memajukan penduduk kampung yang miskin. Bahasa inggeris nya sangat simple. Seingat aku buku ini merupakan buku untuk pelajar universiti berkaitan dengan subjek tertentu. Tapi aku tidak pasti. 
  • Membaca semula buku Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah. Kali ini aku akan catit isi-isi penting dengan meletakkan sticky note dalam mukarsurat yang aku rasa ada isi-isi penting. Ini untuk memudahkan aku, tatkala, membelek buku ini, akan terus pada nota pentig si situ. 
  • Improve Bahasa Inggeris - Aku sedar bahasa Inggeris aku tidak sehebat orang lain. Aku masih dalam proses mempraktik terutama bercakap dalam bahasa Inggeris. Justeru itu aku akan membaca artikel-artikel dalam bahasa Inggeris dan perlu lebih banyak latihan bercakap.
  • Menghafal doa - Aku berjaya menghafal doa (dalam bahasa arab)  yang elok dibaca sebaik habis bacaan tahyat akihr iaitu doa semoga Allah melindungi diri dari empat perkara:
    • Azab api neraka
    • Azab kubur
    • Fitnah kehidupan dan kematian
    • Fitnah kejahatan dajjal.
  • Mengikuti kelas tajwid online - Menyertai kelas tajwid al-quran online bersama ustaz Zawawi. Kelas adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi hari Isnin dan Rabu. Buat masa ini kami telah membuat semakan pada, bacaan al-fatihah, tahhiyat akhir, dan akan belajar hukum tajwid pula. 
  • Membuat kek dan mencuba dan terus mencuba makanan yang aku suka untuk mendapatkan rasa yang  betul- betul terbaik. 
  • Deko ruang tamu supaya nampak lebih menarik. Aku tampal wallpaper batu-bata putih yang dibeli secara online. Untuk menampakkan ruang tamu ini lebih cantik aku letak pokok pisang artificial di tepi sofa. 
  • Membaca perkara-perkara berkaitan dengan kerja untuk memantapkan lagi pegetahuan berkaitan dengan kerja ku.
  • Menonton movie terutama cerita hindustan yang memang menjadi minat aku. Tapi tidak semua cerita hindustan aku suka. Dalam tempoh PKP ini antara cerita yang belum sitonton lagi yang aku tengok dan menarik ialah Baghii 1 dan 2, lakonan mantap Tiger Shroof, dan movie bertajuk  Blind dan Super 360 lakonan Hitrik Roshan. 
  • Memasak untuk anggota bujang bomba dalam 2/3 orang memandangkan tiada kedai atau restoran dibuka. Aktiviti ini pada awal-awal PKP dan tidak lah selalu. Itu pun jika ada permintaan. Pun begitu seronok sebab dapat mengembirakan orang lain. 
  • Aktiviti bersukan ada lah aku buat tapi memang boleh dibilang dengan jari. Kenapa ya? Entahlah, nak kata tak ada masa, masa ada jer. Mungkin aku tidak berminat untuk adakan masa bagi aktiviti ini. 
Itu adalah sebahagian aktiviti yang aku buat. Aku tidak merasa bosan malahan terasa masih belum cukup masa untuk membuat banyak lagi aktiviti. 

Selamat berPKP. 
#stayhome 
#stayhappy 
#staysafe







No comments:

Post a Comment