12 Ramadhan.....
On the way balik rumah, aku memandu bersendirian. Kereta bergerak perlahan. Biasa lah bulan puasa macam ni. Ketika menaiki flyover susur ke Sime Darby Jalan Sultan Ismail, kereta berhenti kerana jalan agak sesak...tiba-tiba mataku
terpandang pada satu keluaga. Daripada pengamatan aku, aku mengagak mereka mungkin warga Indonesia. Seorang ayah, ibu dan 2 orang anak lelaki. Salah seorang daripada anak mereka agak kurus dan seorang lagi badan agak gempal..Bapa tersebut sedang memegang sebatang joran..."barangkali mereka hendak memancing". Getus hatiku.
Tiba2 bapa tersebut mencampak joran tersebut kepada anak lelaki yang agak kurus tadi. Begitu kasar seorang ayah.Tersentuh hati aku dengan perlakuan si bapa tadi. Terlalu kasar. Seorang anak punya la cuba meminta dengan cara yang baik.
Sementara itu...si ibu terus mengambil joran tersebut dan diberi pada anak tanpa berkata apa-apa.
Klihat ayah tadi pergi pada anak yang berbadan gempal pula.
Tiba tiba saje dipulas telinga anaknya. Ditenyeh anak kecil itu seolah anak itu bersalah. Menyaksikan peristiwa itu hati aku rasa marah....rasa tidak wajar....kenapa la seorang ayah boleh bertindak begitu.
Moral of the story. :
1.Seorang ayah perlu mendidik, menjadi contoh dan memberi tunjuk ajar serta panduan kepada anak2.
2.Seseorang ayah tidak boleh memperlakukan anak sesuka hati.
3.Mendidik anak tidak boleh dengan kekerasan
4.Sayangi lah ana-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah. Anak adalah saham akhirat kita.
4.Didiklah anak2 dengan penuh kasih sayang...didik supaya sentiasa solat...sentiasa mengingati Allah.
5.Didik anak2 dengan agama.
No comments:
Post a Comment