Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Wednesday, 30 May 2012

Soal makan..& nostalgia

Hari ni Lunch @ Sooka, Kl Sentral  bersama 2 my workmate.

“Nak makan apa yer?” tanyaku pada diri sendiri..sambil berfikir,,,

“Laksa?”,….”Soto?”..”Nasi campur?”…pening kepala bila piker nak makan apa, ….tu belum pikir nak masak apa lagi….

At last…aku membuat keputusan…..

” makan nasi campurlah!” bisik hatiku

“nasi separuh yer kak!”..pintaku pada akak yang tolong cedukkan nasi

Dia mengangguk..lalu memberiku nasi yang diminta tadi..

                                          macam ni..RM11.00...murah tak?

 Lalu aku ambil sedikit bayam…sesenduk sayur lemak petola dan sedikit sayur air cendawan..sikit-sikit,..sebab semua nak rasa.(mengalahkan orang puasa)

Lepas tu aku ambil lauk ikan bawal (dipotong 3), aku ambik bahagian badanyer…(satu lauk tak cukup)… (+) sedikit kupang..goreng basah..  sekadar gambar hiasan

Setelah berpuas hati dan cukup dah lauk dan sayur yang diambil aku pun ke kaunter bayaran..

“Berapa kak?’..

“Em..emmm..em..8,…9 (tengok gerak bibirnya..suara tak bunyi…)…emmm… “RM11.00”, jawab kakak itu..

“Mahalnye.!”..getus hatiku.. tapi bayar juga la…..

 

  macam ni..RM11.00...murah tak?    

 Lepas tu aku order air jagung..RM3.00 segelas…

Hari-hari macam ni…pokai..ler…hehe….macam mane… nak kaya?..he2..

tak masuk breakfast lagi tu…, setidaknya breakfast aku mesti order nescafe tarik-(my favourite)  (RM1.40)+mihun goreng (lebih kurang RM2..atau RM2.50 (kalau tambah telur mata)+ kuih muih dalam RM2.00 (untuk makan pukul 10.00)..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Bukan nak cerita apa..

Cuma nak cakap kehidupan sekarang..semuanya ber kos…semua mahal ..sekarang ni mana ada dah..nasi satu pinggan…dengan sayur dan lauk RM 3.50

Tambah pula pejabat aku terletak area KL Sentral (pusat sehenti pengangkutan awam)..semuanya mahal.. compare   

tempat lama The Mall ( harga makan masih boleh tahan)


begitulah  peredaram masa…yang lama ditinggal..mengejar yang baru…

teringat zaman sekolah rendah..sek. keb kg Kelar (sekolah kayu lagi masa tu..)…

 

licin...sedaap juga..mau tak sedap..RM11.00

makan pagi nasi lemak + ikan bilis + sayur air kankong –best..yang ni baru RM0.30…tapi puas makan sebab orang dulu-dulu masak..sedap dan terasa.

Andai dapat ku undurkan putaran dunia…akan ku ubah semula…ingin aku kembali zaman kanak-kanak..pergi sekolah dengn basikal..balik sekolah…mandi manda di sungai..main pondok2…semuanya begitu indah..tak perlu piker apa-apa..makan..bermain..pergi sekolah…

 

 MasihKU  ingat pada moyang (lelaki, ku panggil- nenek)…sudah tua…mas tu dah bongkok 3…berjalan menggunakan tongkat..aku sayang nenek…seingat aku beliau meninggal ketika umurku masuk darjah 1, mungkin????…meninggal dalam usia hampir 100 tahun…masih ingat nenek cakap..masa zaman jepun dulu beliau sempat bersembunyi dalam reban ayam, untuk menyelamatkan diri..hanya itu saja yang sempat diceritakan…atau mungkin hanya itu saja yang aku sempat ingat… barangkali..apapun nostalgia silam begitu indah..seandainya dapat kembali ke zaman itu..atau bermimpi..pun sudah cukup okey…untuk aku yang merindukan zaman kanak-kanakku yang sudah berlalu pergi..dan hanya menjadi nostalgia…



anak.-anak...ku!


Pagi-pagi lagi aku 'mengamuk'. 
APA tidak nya....anGAH..buat Hal.... 
Bukan hal apa...., biasa la anak2 ni 
mungkin dia tak dan belum faham &


 tahu lagi, tak paham lg.. balik sekolah 
baju campak je...x boleh anak nak hang...
senang nk pakai Semula. 
Ni tak baju mana...., kain mana....aduh.!!! , pening macam ni.
 Macam mana....ye aku nak disiplin kan anak-anak....? 
Agaknya aku nak kena tegas kot... 



sekarang, aku nak buat jadual..
.latih,.....ikut.....mesti buat....
 tak buat kena denda..
 Macam tu Agaknya. kan?. 
Ibu bapa mana tak nak tengok anak2 Berjaya..
ok, aku akan buat rangka 
kerja...
Aku akan buat jadual.
..tengok  la nanti....

Tuesday, 29 May 2012

kenangan itu....indah

Aduh !!!...petang-petang begini begitu menusuk jantung....Taman Rasidah Utama  berkumandang....
lagu nyanyian awie ini benar-benar mengingatkan aku pada suatu masa dahulu...zaman persekolahan....zaman









aku  bercinta....eemmm...sungguh syahdu...!
Memori lama datang kembali. ....zaman persekolahan..zaman di university....
Apa pun kenangan zaman kanak-kanak dan  zaman persekolahan dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 5...merupakan suatu zaman yang penuh dengan kenangan-kenangan manis...
Tika ini aku sedang hangat bercinta....membina impian bersama jejaka bernama Alias, yang aku panggil As...
Sanggup aku membaca dan menelaah buku betul-betul depan tingkap....mendengar deruan enjin motornya membuat jantung,,betul-betul berdebar, rindu pada jejaka itu.....


Surat ini adalah surat perkenalan pertama kami...sekitar july 1989
Sori imej kabur....

Kini aku bahagia bersama jejaka itu.... yang telah menjadi suamiku ....

Friday, 18 May 2012

SuratanNya...


Hidup ini ...umpama suatu perjalanan jauh...bayangkan..perjalanan kita dari Kuala Lumpur ke destinasi...Kota Bharu...

Dalam perjalanan itu kita akan temui bermacam-macam perkara, pokok-pokok...pemandangan, kiri kanan, awan, langit yang cantik,burung-burung,  hujan.... panas...segala-galanya....Setiap orang akan menempuh halangan, cabaran, pengalaman tersendiri dalam perjalanan itu...Semua telah tertulis...


Allah sudah kata... bahawa hari ini, dirimu, atau keluargamu akan melalui...peritawa ini, kejadian sebegini...maka redha lah... dan perlu ingat kesusahan dan kepayahan itu tidak selamanya dititik itu...ia akan terus berjalan...dan berjalan.... mengikut masa...






Perlu kita hadapi hidup ini, teruskan perjalanan ini...menju Allah yang kekal abadi...Ingat!, kita harus membawa bekal yang banyak untuk tinggal di dunia yang abadi nanti...bekalan yang akan membawa kita ...kebahagian...



Begitulah kehidupan ini...apabila tiba masa, waktu yang ditentukan, hari yang ditetapkan oleh Ilahi akan kita lalui sesuatu perkara, maka tidak dapat tidak kita perlu tempuhi....samada ketetapan itu...indah atau sebaliknya...

Seandainya kita dilanda sesuatu musibah, atau mendapat sesuatu kebahagian... jangan lupa pada Allha...kerana segala-galanya adalah ujian buat kita....samada duka atau suka, 


Bersabarlah..Ibu..

Sudah lebih kurang 2 minggu lebih segala kepayahan dan dugaan berlalu.. Ibuku tahun ini sambutan hari Ibu agak mencabar buatmu...Dirimu diuji...
Ibu ku masih ingaat pada 5 Mei..kami anak-anak dikejutkan dengan peristiwa Dirimu..tiba- tiba menjadi kejang..Entah kenapa...
Dengan situasi yang begitu kelam kabut, pilu, sedih dan panik.. kami cuba sedaya upaya mengatasi situasi itu.. masing- masing ada peranannya..ada yang mengaji, membaca yassin, membaca Alquran..selawat...semuanya untuk kesembuhanmu...


Wajah keletihan dan sugul Ibu..


Hari kedua...ibu di Hospital..."Kita ambik gambar ekkk"


Kami adik-adik begitu sedih melihatmu ketika itu... dirimu terlantar di katil...keletihan, kesakitan...
Allah sahaja yang tahu...keadaan kami...ketika itu...Aku tidak dapat mencerita kan keadaan waktu itu..

Kami syaki..ada sesuatu benda halus yang mengganggumu ibu... dek kerana ujian darah, dan dan Brain Scan menunjukkan tiada apa-apa...penyakit...



Aku dan adik no.5, Lissa
Dirimu  kemudian di hantar ke hospital  Lati, Bahagian Emergency...dan kemudian di hantar ke Hospital Kota Bharu...pula kerana di situ tiada doktor pakar..Sebenarnya nurse dan doktor juga agak pelik...kerana kejangmu bukan kejang biasa...

Dihospital Dirimu diletakkan di Wad Temenggong, wad kecemasan....semuanya diuruskan oleh misi yang bertugas. kami tidak boleh menunggu...hanya sesekali dibenarkan masud untuk ziarah dirimu...
Kami anak-anak cuba membawa dan meminta kebenaran dari doktor untuk membawa dirimu keluar dari Hospital memandangkan keadaan dirimu disana....

Adik No.2 (C'Ros & No.3, Lilly

Bukan kami tidak percaya pada perubatan moden...tetapi memandangkan keadaan-keadaan, dan tanda-tanda..yang pelik,....kami rasakan ini bukan penyakit yang perlu dirawat di hospital.
kami perlu membawa mu untuk mencuba perawatan tradisional...bersama Ustaz...

Sekarang hampir sebulan...dirimu sudah semakin pulih...kami amat bersyukur... 


"Ya Allah!..Pada setiap pagi dan Petang kami memohon pada mu Untuk kebahagian Ibu kami dunia dan Akhirat..Engkau lindungilah beliau dari Jin dan Syaitan serta jauhi dari hasad dengki manusia... Sembuhlah beliau Ya Allah..sesungguhnya tiada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan apa-apa penyakit..Amin...."


Thursday, 3 May 2012

ibuku....

"Mama!", wawa htr mesej, "Opah demam" anakku nurin membaca mesej untukku....
"Ooo..ye ke" kataku



Dek kerana entah apa kesibukan,... aku lupa nak call adikku di kampung untuk menanya khabar ttg mesej itu...
Mesej yg sama diterima lagi.
Kali ini aku rasa xxsedap hati
Tangan ku terus mendail dan aku bertanya adikku keadaan ibuku. Dia memberitahu ibuku tidaklah teruk sangat.
ku sempat berbual dgn ibuku walaupun beliau tidak gagah sebenrnya berbicara di telefon
"Teruk ke demam?" tanya ku pada ibu..
Ibuku memberitahu dia keletihan, bila makan terasa hendak muntah, pastu xboleh tido....beliau tercium bau wangi,
"Ada benda datang...."


Aku kemudian mengakhiri perbualan kerana x mahu ganggu ibuku yang agak keletihan..


Selang seketika adikku menelefon yg mengatakan ibuku kejang, mulut berbuih....Ya Allah! kenapa dengan ibuku.
kami disini begitu cemas, gelisah dan tidak sedap hati..
Kami membuat keputusan untu pulang menjenguk ibu esok...
"Ibu esok Kami akan pulang..."

Tuesday, 1 May 2012

May, 1

May 1, horrey! hari ni cuti. Plan nak ajak mR.A pergi jalan-jalan makan angin...pergi subang ambik baju ke, atau seronoknya kalau 'window shopping' @ IKEA.


tapi semunya tak terlaksana coz hari ni....mR.A(My dear Hubby) berkerja pula hari ini...huh..huh..huh
Apa pun aku tak akan abaikan cuti hari ni dengan membuang masa begitu je... aku ada planning aku sendiri... actually banyak bende yg boleh dibuat....


Just now, after taking breakfast nasi berlauk @ Padang Balang, Gombak, we went to bank to settle payment, housing loan, Car loan, and..macam-macam lah.


It very funny, when we have to go to multi bank. First..., Draw a cash @ Maybank then went to Hong Leong Bank, paid GrandLivina Installment, From Hong Leong to Cimb Bank paid House Loan, After that going to Public Bank, paid Kelisa Loan. From  Public Bank tO bank Rakyat to Deposit Money to Carpenter.
Anyway thakns to  mR.A for settling all payment bill
Thanks a lot...babah...