Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Friday, 18 May 2012

Bersabarlah..Ibu..

Sudah lebih kurang 2 minggu lebih segala kepayahan dan dugaan berlalu.. Ibuku tahun ini sambutan hari Ibu agak mencabar buatmu...Dirimu diuji...
Ibu ku masih ingaat pada 5 Mei..kami anak-anak dikejutkan dengan peristiwa Dirimu..tiba- tiba menjadi kejang..Entah kenapa...
Dengan situasi yang begitu kelam kabut, pilu, sedih dan panik.. kami cuba sedaya upaya mengatasi situasi itu.. masing- masing ada peranannya..ada yang mengaji, membaca yassin, membaca Alquran..selawat...semuanya untuk kesembuhanmu...


Wajah keletihan dan sugul Ibu..


Hari kedua...ibu di Hospital..."Kita ambik gambar ekkk"


Kami adik-adik begitu sedih melihatmu ketika itu... dirimu terlantar di katil...keletihan, kesakitan...
Allah sahaja yang tahu...keadaan kami...ketika itu...Aku tidak dapat mencerita kan keadaan waktu itu..

Kami syaki..ada sesuatu benda halus yang mengganggumu ibu... dek kerana ujian darah, dan dan Brain Scan menunjukkan tiada apa-apa...penyakit...



Aku dan adik no.5, Lissa
Dirimu  kemudian di hantar ke hospital  Lati, Bahagian Emergency...dan kemudian di hantar ke Hospital Kota Bharu...pula kerana di situ tiada doktor pakar..Sebenarnya nurse dan doktor juga agak pelik...kerana kejangmu bukan kejang biasa...

Dihospital Dirimu diletakkan di Wad Temenggong, wad kecemasan....semuanya diuruskan oleh misi yang bertugas. kami tidak boleh menunggu...hanya sesekali dibenarkan masud untuk ziarah dirimu...
Kami anak-anak cuba membawa dan meminta kebenaran dari doktor untuk membawa dirimu keluar dari Hospital memandangkan keadaan dirimu disana....

Adik No.2 (C'Ros & No.3, Lilly

Bukan kami tidak percaya pada perubatan moden...tetapi memandangkan keadaan-keadaan, dan tanda-tanda..yang pelik,....kami rasakan ini bukan penyakit yang perlu dirawat di hospital.
kami perlu membawa mu untuk mencuba perawatan tradisional...bersama Ustaz...

Sekarang hampir sebulan...dirimu sudah semakin pulih...kami amat bersyukur... 


"Ya Allah!..Pada setiap pagi dan Petang kami memohon pada mu Untuk kebahagian Ibu kami dunia dan Akhirat..Engkau lindungilah beliau dari Jin dan Syaitan serta jauhi dari hasad dengki manusia... Sembuhlah beliau Ya Allah..sesungguhnya tiada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan apa-apa penyakit..Amin...."


No comments:

Post a Comment