Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Thursday 3 May 2012

ibuku....

"Mama!", wawa htr mesej, "Opah demam" anakku nurin membaca mesej untukku....
"Ooo..ye ke" kataku



Dek kerana entah apa kesibukan,... aku lupa nak call adikku di kampung untuk menanya khabar ttg mesej itu...
Mesej yg sama diterima lagi.
Kali ini aku rasa xxsedap hati
Tangan ku terus mendail dan aku bertanya adikku keadaan ibuku. Dia memberitahu ibuku tidaklah teruk sangat.
ku sempat berbual dgn ibuku walaupun beliau tidak gagah sebenrnya berbicara di telefon
"Teruk ke demam?" tanya ku pada ibu..
Ibuku memberitahu dia keletihan, bila makan terasa hendak muntah, pastu xboleh tido....beliau tercium bau wangi,
"Ada benda datang...."


Aku kemudian mengakhiri perbualan kerana x mahu ganggu ibuku yang agak keletihan..


Selang seketika adikku menelefon yg mengatakan ibuku kejang, mulut berbuih....Ya Allah! kenapa dengan ibuku.
kami disini begitu cemas, gelisah dan tidak sedap hati..
Kami membuat keputusan untu pulang menjenguk ibu esok...
"Ibu esok Kami akan pulang..."

No comments:

Post a Comment