Tajuk: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
Lokasi : PWTC
Tarikh : 27 April -6 Mei 2018.
Pada hari pertama lagi aku sudah sampai ke sini. Tujuannya nak beli buku-buku yang memang dah ada dalam kepala.
Aku bertolak dari opis di Kl Sentral menaiki grab bersama rakan sekerja, Nab. Bayar RM11.00, aku selamat sampai di PWTC.
Grab hantar kami di bahagian sebelah atas, iaitu daripada laluan tepi sekolah Menengah Maxwell. Pintu arah sini membawa kami terus ke dalam PWTC di tingkat 5.
Aku sememangnya tahu nak tuju mana. Booth bernombor 4201. Aku dan Nab berpecah sementara. Terus aku berjalan ke booth yang aku dah
target. Sampai di sini, mata terus melilau mencari buku yang hendak dibeli.
Wow! banyaknya buku" Hatiku mula berkata-kata.
Ya!, Aku dah jumpa buku itu:
Impian Mimpi Jalanan
Empayar
Kedua-dua buku ini adalah karya Teme Abdullah. Aku membeli buku ini secara kombo dengan harga RM55.00 iaitu jimat RM10.00 daripada harga asal bagi dua-dua buku ini.
Selepas membayar di kaunter, aku bergerak ke Booth sebelah. Buku travelog pula. Banyak buku baru-baru.
Yeah!, 3 buku travelog hanya dengan harga RM60.00. Apa lagi aku terus
grab buku-buku travelog yang aku rasa menarik.
Melbourne & Syedney
dalam masa 10 hari
Salam kembara Pakistan
Backpack Jejak Avatar di China
Aku semestinya meminanti buku-buku travelog. Seronok membaca pengalaman orang yang sudah ke suatu tempat., lagi-lagi tempat yang memang aku berangan nak pergi.
Harap suatu hari aku juga dapat ke destinasi-destinasi yang menjadi pilihan aku. Buat masa ini aku
hold dulu hasrat dan segala keinginan bagi memberi ruang untuk aku
settlekan dahulu banyak perkara yang tertangguh dan yang perlu diselesaikan.
Ingat!
"Impian akan bermula dengan bermimpi". Betulkan?
Dalam perjalanan untuk keluar dari dewan matuku terpandang suatu buku karya Roza Roslan.
"Akak, ni buku baru. Akak dah beli belum buku Amirul Anak Sudan?" Aku disapa seorang adik yang sedang jaga booth itu.
Ya!, Jawab ku sambil menganggukkan kepala. Kalau tak beli lagi aku boleh beli dengan harga kombo untuk buku Amirul Anak Sudan dan Seminggu di Syurga (Buku baru).
Akhirnya aku beli buku baru itu dengan membayar RM20.00 tanpa Amirul Anak Sudan.
Kebanyakkan booth-booth menawarkan buku secara kombo dengan harga yang begitu murah. Seperti biasa tamak melihat buku membuat hati meronta-ronta untuk membeli buku-buku lain dan kalau boleh semua. Hermmmm...rosliza.
|
Bag Plastik- PBAB KL 2018 |
|
Add caption |
|
Buku-Buku Karya Teme |
|
Kombo Buku baru Teme |
|
Booth Iman Publication
Buku-buku travelog
|