Ingatlah


"Setiap kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke sana...."

WeLcOmE tO mY bLoG


WeLcOmE tO mY bLoG

Enjoy reading!

Enjoy your day!

Sunday, 26 April 2020

Aktiviti Ketika PKP Danish

Buku Bacaan Danish ketika PKP - Impian Mimpi Jalanan

Mengisi masa dengan membaca-Ketika PKP.


Apa yang aku buat bagi mengisi masa  anak-anak dengan aktiviti yang bermanafaat ialah dengan cuba mencari jalan bagaimana untuk menarik minatnya membaca buku. Aku tidak mahu dia asyik dengan phone sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti berfaedah. 

So, aku dapat idea untuk paksa nya secara berhikmah  supaya nak baca buku. Buku yang aku rasakan sangat baik, sesuai untuk danish adalah buku karya Teme Abdullah.

Nak suruh anak baca buku ni nak kena ada teknik nya juga kan. Walau pun dah remaja kalau tak pandai tackle dia, memang dia tak mahu baca buku. Lebih seronok melayan game di phone.

Cara nya begini:-

  • Aku tentukan  berapa mukasurat yang perlu dibaca setiap hari dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, jika sebuah buku itu mempunyai 300 mukasurat, dan perlu dihabiskan dalam masa dua minggu (mengikut tempoh masa PKP), maka aku akan bahagikan 300/14 = 21. 
  • Jadi Danish perlu baca sebanyak 21 mukasurat setiap hari. 
  • Aku akan tandakan tarikh-tarikh pada buku tersebut (seperti dalam gambar). Alhamdulillah setakat ini dia berjaya habiskan dalam masa yang ditetapkan.


 Antara pencapaiannya setakat ini ialah:

  • Danish  berjaya menghabiskan dua buah buku karya Teme Abdullah iaitu Signature Autograf Jalanan dan  Pelukis Arkitek Jalanan. Ternyata buku ini menarik minat nya.
  • Buku ketiga, Impian Mimpi Jalanan lewat sedikit habis daripada tarikh yang disasarkan. Mungkin kerana berpuasa, dia lebih banyak berehat. katannya tak larat nak baca buku.
  • Setiap pagi  selepas solat subuh, dalam pukul 7.00 pagi dengan sendiri beliau akan ambil quran untuk dibaca. Sementara aku akan menyemak dan menegur bacaannya. Nampaknnya semakin lamcar dan semakin seronok untuk membaca al-quran.
  • Danish mula menghafal surah Al-mulk. walaupun baru berjaya menghafal tiga ayat..tapi itu merupakan satu perkara yang positif. Bukan apa, kalau tidak duduk bersamanya melihat bacaannya, dia lebih bermain game dalam phone.
  • Danish mengikuti kelas pembelajaran dengan guru sekolahnya. Kelas tersebut diadakan tiga kali seminggu selama 1-2 jam. Guru akan memberi latihan. 

Bersyukur, disebalik PKP ini, banyak perakara baik yang boleh dilakukan. Walaupun tidak banyak sekurang-kurang nya perkara ini diharap dapat menjadikan danish untuk sentiasa membaca al-quran dan  minat membaca buku dengan sendirinya,

#Stayhome
#Staysafe
#Staypositif

Aktiviti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Penghujung tahun 2019 sekitar Disember media massa dan media sosial mula melaporkan, dan bercerita berkaitan dengan Coronavirus yang menyerang negara China. Wabak itu dilaporkan bermula dari sebuah pasar basah makanan eksotik daerah Wuhan. Sejak daripada itu, setiap hari ada saja cerita berkaitan dengan bahaya wabak ini yang begitu mudah menjangkiti sesiapa sahaja hanya melalui  sentuhan, batuk dan bersih.

Awal tahun 2020, setelah melihat keadaan wabak semakin serius dan tidak terkawal kerajaan mula mengambil langkah antara lain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

PKP telah diumumkan oleh kerajaan bermula pada 18 Mac 2020. Arahan ini adalah to minimize the human contact dalam memutuskan rantaian Covid 19.

PKP ini telah meliputi fasa 3 setakat penulisan ini.

Fasa Pertama - 18.03.2020 hingga 31.03.2020  
Fasa kedua - 01.04.2020 hingga 14.04.2020 
Fasa ketiga - 15.04.2020 hingga 28.04.2020 

Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 40 kita di Malaysia berada di dalam PKP.
Tiada siapa menduga, tahun 2020 yang kita hadapi ini memberikan satu ujian, dan satu pengalaman baru  buat seluruh dunia.

25 tahun dahulu ketika di sekolah rendah mahupun sekolah menengah bila bercakap pasal tahun 2020 berbagai-bagai perkara bermain di kepala masing-masing.

Wawasan 2020 merupkan idea yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menggariskan 9 strategi di dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Ketika itu, sekiranya terdapat mata pelajaran seni lukis, guru akan meminta murid-murid membayangkan keadaan kita di tahun 2020. Maka mulalah setiap kita akan berangan, membayangkan keadaan 2020. Mulalah imaginasi hebat pun datang dalam kepala masing-masing, kereta boleh terbang, semua aktiviti tahun 2020 seolah-olah berlaku di ruang udara. Semua terasa canggih. Semua menjadi dekat. Pernah juga terfikir, sampaikah kita untuk menghadapi tahun 2020 nanti.

Syukur pada Allah, kita diizinkan untuk sampai ke tahun ini. bersyukur juga di atas ujian yang diberikan pada kita untuk tahun ini.

Berbalik kepada PKP ini, banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya. Antara aktiviti aku setakat ini seperti:
  • Mengaji Quran - Setiap pagi seusai solat subuh aku akan mengaji quran paling kurang 2 helai mukasurat. Sebelum ini aku hanya sempat mengaji setiap hujung minggu yang memang menjadi kewajipan aku. 
  • Menyemak bacaan mengaji anak bujangku, danish. Alhahdulillah, beliau walaupun dalam malas-malas setakat PKP ini tak pernah miss lagi mengaji.
  • Membaca buku - Buku yang tak sempat dibaca sebelum ini. setakat ini aku cuba habiskan buku The white dove flies again. Buku ini dibaca untuk meningkatkan kemahiran aku dalam bahasa Inggeris. Buku ini mengisahkan seorang anak muda yang cuba memajukan penduduk kampung yang miskin. Bahasa inggeris nya sangat simple. Seingat aku buku ini merupakan buku untuk pelajar universiti berkaitan dengan subjek tertentu. Tapi aku tidak pasti. 
  • Membaca semula buku Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah. Kali ini aku akan catit isi-isi penting dengan meletakkan sticky note dalam mukarsurat yang aku rasa ada isi-isi penting. Ini untuk memudahkan aku, tatkala, membelek buku ini, akan terus pada nota pentig si situ. 
  • Improve Bahasa Inggeris - Aku sedar bahasa Inggeris aku tidak sehebat orang lain. Aku masih dalam proses mempraktik terutama bercakap dalam bahasa Inggeris. Justeru itu aku akan membaca artikel-artikel dalam bahasa Inggeris dan perlu lebih banyak latihan bercakap.
  • Menghafal doa - Aku berjaya menghafal doa (dalam bahasa arab)  yang elok dibaca sebaik habis bacaan tahyat akihr iaitu doa semoga Allah melindungi diri dari empat perkara:
    • Azab api neraka
    • Azab kubur
    • Fitnah kehidupan dan kematian
    • Fitnah kejahatan dajjal.
  • Mengikuti kelas tajwid online - Menyertai kelas tajwid al-quran online bersama ustaz Zawawi. Kelas adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi hari Isnin dan Rabu. Buat masa ini kami telah membuat semakan pada, bacaan al-fatihah, tahhiyat akhir, dan akan belajar hukum tajwid pula. 
  • Membuat kek dan mencuba dan terus mencuba makanan yang aku suka untuk mendapatkan rasa yang  betul- betul terbaik. 
  • Deko ruang tamu supaya nampak lebih menarik. Aku tampal wallpaper batu-bata putih yang dibeli secara online. Untuk menampakkan ruang tamu ini lebih cantik aku letak pokok pisang artificial di tepi sofa. 
  • Membaca perkara-perkara berkaitan dengan kerja untuk memantapkan lagi pegetahuan berkaitan dengan kerja ku.
  • Menonton movie terutama cerita hindustan yang memang menjadi minat aku. Tapi tidak semua cerita hindustan aku suka. Dalam tempoh PKP ini antara cerita yang belum sitonton lagi yang aku tengok dan menarik ialah Baghii 1 dan 2, lakonan mantap Tiger Shroof, dan movie bertajuk  Blind dan Super 360 lakonan Hitrik Roshan. 
  • Memasak untuk anggota bujang bomba dalam 2/3 orang memandangkan tiada kedai atau restoran dibuka. Aktiviti ini pada awal-awal PKP dan tidak lah selalu. Itu pun jika ada permintaan. Pun begitu seronok sebab dapat mengembirakan orang lain. 
  • Aktiviti bersukan ada lah aku buat tapi memang boleh dibilang dengan jari. Kenapa ya? Entahlah, nak kata tak ada masa, masa ada jer. Mungkin aku tidak berminat untuk adakan masa bagi aktiviti ini. 
Itu adalah sebahagian aktiviti yang aku buat. Aku tidak merasa bosan malahan terasa masih belum cukup masa untuk membuat banyak lagi aktiviti. 

Selamat berPKP. 
#stayhome 
#stayhappy 
#staysafe







Saturday, 28 April 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tajuk: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
Lokasi : PWTC
Tarikh : 27 April -6 Mei 2018.

Pada hari  pertama lagi aku sudah sampai ke sini. Tujuannya nak beli buku-buku yang memang dah ada dalam kepala.

Aku bertolak dari opis di Kl Sentral menaiki grab bersama rakan sekerja, Nab. Bayar RM11.00, aku selamat sampai di PWTC.

Grab hantar kami di bahagian sebelah atas, iaitu daripada laluan tepi sekolah Menengah Maxwell. Pintu arah sini membawa kami terus ke dalam PWTC di tingkat 5.

Aku sememangnya tahu nak tuju mana. Booth bernombor 4201. Aku dan Nab berpecah sementara. Terus aku berjalan ke booth yang aku dah target. Sampai di sini, mata terus melilau mencari buku yang hendak dibeli.

Wow! banyaknya buku" Hatiku mula berkata-kata.

Ya!, Aku dah jumpa buku itu:
Impian Mimpi Jalanan
Empayar

Kedua-dua buku ini adalah karya Teme Abdullah. Aku membeli buku ini secara kombo dengan harga RM55.00 iaitu jimat RM10.00 daripada harga asal bagi dua-dua buku ini.

Selepas membayar di kaunter, aku bergerak ke Booth sebelah. Buku travelog pula. Banyak buku baru-baru.
Yeah!, 3 buku travelog hanya dengan harga RM60.00. Apa lagi aku terus grab buku-buku travelog yang aku rasa menarik.
Melbourne & Syedney dalam masa 10 hari
Salam kembara Pakistan
Backpack Jejak Avatar di China

Aku semestinya meminanti buku-buku travelog. Seronok membaca pengalaman orang yang sudah ke suatu tempat., lagi-lagi tempat yang memang aku berangan nak pergi.

Harap suatu hari aku juga dapat ke destinasi-destinasi yang menjadi pilihan aku. Buat masa ini aku hold  dulu hasrat dan segala keinginan bagi memberi ruang untuk aku settlekan dahulu banyak perkara yang tertangguh dan yang perlu diselesaikan.

Ingat!
"Impian akan bermula dengan bermimpi". Betulkan?

Dalam perjalanan untuk keluar dari dewan matuku terpandang suatu buku karya Roza Roslan.

"Akak, ni buku baru. Akak dah beli belum buku Amirul Anak Sudan?" Aku disapa seorang adik yang sedang jaga booth itu.

Ya!, Jawab ku sambil menganggukkan kepala. Kalau tak beli lagi aku boleh beli dengan harga kombo untuk buku Amirul Anak Sudan dan Seminggu di Syurga (Buku baru).

Akhirnya aku beli buku baru itu dengan membayar RM20.00 tanpa Amirul Anak Sudan.

Kebanyakkan booth-booth menawarkan buku secara kombo dengan harga yang begitu murah. Seperti biasa tamak melihat buku membuat hati meronta-ronta untuk membeli buku-buku lain dan kalau boleh semua. Hermmmm...rosliza.



Bag Plastik- PBAB KL 2018 


Add caption
Buku-Buku Karya Teme
Kombo Buku baru Teme

Booth Iman Publication



Buku-buku travelog












Friday, 27 April 2018

Aku dan Buku


"Reading is to the mind, what excersice is to the body" - Joseph Addision

Hampir dua tahun aku 'menyepi' dari laman ini. Aku bagaikan menghilang tanpa jejak dan khabar berita.

Entah kenapa. Bukan tiada cerita. Bukan juga sakit. Mungkin, sedikit bizi. Kekadang sedikit cerita itu aku sudah update di instagram aku.

Walau banyak cerita. Setiap perjalanan dari hari ke hari ada saja cerita gembira, lucu, sedih namun aku tidak mampu untuk melontarkan nya di sini.

Kini aku kembali untuk menghias laman sepi ini setelah dua tahun 'menghilang diri'.

Sekembalinya aku di sini...ingin aku bercerita sedikit aktiviti sepanjang dua tahun ini

Kisah Aku dan Buku

Kenapa aku suka baca buku? 
Buku apa aku suka baca? 

Ketika zaman sekolah aku sudah mula suka baca buku- buku motivasi. 

Setiap kali ada perasaan malas untuk belajar, aku akan ambil buku motivasi, baca kata-kata pesanan dan dorongan dari buku itu. 

Jika pada sesuatu masa aku rasa, 'down' aku juga akan ambil buku- buku yang membangkitkan semula semangatku. 

Aku suka baca buku sejak kecil.
Buku adalah teman rapatku. Walaupun buku yang kubeli masih banyak yang tak sempat untuk dibaca namun aku terus membeli dan membeli. 

Bau buku  berjaya menarik kehadiranku setiap kali lalu di depan kedai buku. Melihat susunan buku- buku teratur di atas rak,  aku rasa teruja. Setiap kali ke kedai buku MPH, Popular, The Boarders, dan lain-lain ada tempat tertentu yang aku tuju. 

Setiap kali itu tajuk-tajuk buku satu persatu aku perhati.  Mata melirik pada tajuk buku-buku di situ. Bila buku yang dicari ada, aku capai buku yang itu, lantas terus ke kaunter bayaran dan aku rasa seronok. Tidak lengkap jika hariku atau weekend ku tidak ke kedai buku.

Nazali Noor, Roza Roslan, Prof Muhd Kamil, Teme Abdullah, Muhamad Hafiz Ismail dan ramai lagi nama  penulis yang aku tidak sebut di sini adalah antara penulis yang aku tunggu hasil karya mereka.

Impian kecilku, andai buku-buku ini tidak dapat diwarisi pada anak-anakku jika mungkin kerana mereka tidak ada minat sepertiku, akan aku sedekahkan buku-buku ini buat tatapan mereka yang minat membaca. 

Sekurang-kurangnya menjadi bekal pahala aku di akhirat sana jika ada ilmu bermanafaat yang mereka dapat melalui pembacaan buku-buku ini yang aku wakafkan ini.

Antara koleksi buku-buku yang aku beli.


Koleksi buku-buku 



Koleksi buku-buku 





Saturday, 4 February 2017

Lexis Hibiscus

Bersantai di @lexis hibiscus, Port Dickson - 4 February 2017.

Walaupun pemilihan percutian aku yang pendek ini agak mahal, tapi aku memang datang ke sini untuk berehat dalam erti kata yang memang betul-betul ingin berehat. Walau pun agak mahal tapi yang penting kami semua enjoy.

Monday, 29 February 2016

Anak adalah harta dunia & akhirat

12 Ramadhan.....


On the way balik rumah, aku memandu bersendirian. Kereta bergerak perlahan. Biasa lah bulan puasa macam ni. Ketika menaiki flyover susur ke Sime Darby Jalan Sultan  Ismail, kereta berhenti kerana jalan agak sesak...tiba-tiba mataku

Monday, 18 January 2016

Chef cilik

"Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi"

Anak ketiga dalam keluarga. Aku memberinya nama sebagai muhamad danish hakim sama nama dengan anak pelakon abby abadi dan norman hakim. Masa tu aku buntu nak letak nama. Alih-alih aku tiru nama anak abby abady.
Aku gelarnya baby cheese. Suka makan cheese. Semua makanan berasas cheese digemarinya. Danish vs cheese.
Bila sesuatu makanan ada cheese, eermmm terasa sungguh sedap di tekaknya.. Keletahnnya sentiasa membuat aku tersenyum. Seindah namanya, sehebat maknanya...beliau anak yang bijak dan baik.

Chef cilik di dapur. Sundah pandai buat sup ayam, ayam goreng kunyit, ayam tepung,...dan semua ayam kerana itulah lauknya. Minat memasak sudah nampak keterserlahannya.

Bab kata pepatah " ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi...". Seperti mana abahnya yang suka memasak, minatnya juga suka memasak. Di usia 12 tahun rajinnya beliau  ke dapur... Mencuba menu pelbagai. ...sesuai dengan apa yang hendak dimakan...dan hasilnya malam tadi dia mencuba masak ayam butter...sedappp.

               hasil air tangan anak bujang.  
danish chiken cheese

Saturday, 28 February 2015

Ujian Allah



"bila Allah berkehendak.....dan .kita berkehendak.....maka kehendak Allah yang jadi......"

Aku masih ingat pada cerita banjir yang melanda kampungku, malah seluruh kelantan pada tarikh keramat 22 December 2014. Aku, suami dan anak-anak tidak melepaskan peluang cuti hujung tahun untuk pulang ke kampung sempena cuti Perayaan Krismas pada 25/12/2014.Kami begitu teruja untuk pulang bercuti di kg kami Pasir Mas, Kelatan.

Sepanjang berada di kampung, hampir 2,3 minggu hujan  turun...kekadang lebat, kekadang renyai membasahi bumi. Adat musim tengkujuh.

Pada sebelah petang aku meninjau air sungai kelantan yang sejarak lebih kurang 500 meter (aku agak)...
dari rumah. Dari pemerhatian ku sikit lagi air sungai hendak melimpah ke tebing. Air yg keruh itu, kelihatan berusaha "menjolok" untuk menaiki tebing..

Wednesday, 9 July 2014

Antara syuruk-isyrak-duhaa


"belajar adalah proses pembelajaran yang berterusan..."

Situasi:

Seorang  wanita bertanya Ustaz.

Soalan:
" Ustaz boleh kah jika kita sembahyang sunat taubat dan sunat hajat pada waktu syuruk, kemudian  bila masuk waktu duhaa, kita menunaikan solat sunat duhaa pula?"

Saturday, 17 May 2014

Kandil Di Kaki Gunung

Buku ini aku beli pada 19/4/2014 di kedai buku Popular.  Karya seorang wanita benama Roza Roslan. Berkulit  tebal dan mempunyai sebanyak 735 helaian mukasurat.

Apa itu Kandil?
Merujuk kepada kamus Dewan,  kandil bermaksud lampu, pelita, kaki lilin

Kenapa di kaki gunung?
Kandil di kaki gunung adalah merupkan kisah perjalanan hidup penulis yang juga dilalui oleh orang biasa yang lain seperti kita juga.

Kisah impian hati seorang anak kecil yang tinggal di kaki Gunung Ledang namun berkemahuan besar untuk ke luar negara.
Akhirnya hasrat anak kecil berusia 12 tahun itu terlaksana 12 tahun kemudian...dan sebuah cerita pun bermula.....

'Belajarlah berenang. Kita tidak akan ke mana-mana sekiranya tidak menggerakkan kaki, tangan dan badan dan menggunakan kepala".- sebuah pesanan Roza Roslan

Cukup dalam makna yang tersirat di sebalik kata-kata ini.  Tanpa usaha, impian kita akan tinggal impian. Semua keinginan dan cita-cita akan berkubur bersama masa yang bergerak.

Kandil di kaki gunung

Friday, 5 April 2013

Begitulah..aku

"Solat itu tiang agama.."


Fajar mula menyinsing
Saat mentari  kian terbit  







Anak..anak, …bangunnnn!.. solat subuh…waktu dah nak habis” begitulah aku  setiap pagi..Aku tidak sanggup membiarkan anak-anak lena diulit mimpi,  berselimutkan blanket masing-masing. Indah dibuai 
mimpi..suatu saat yang cukup lazat. Jika tak dikejutkan bangun…hilanglah satu

Wednesday, 3 October 2012

pagi hingga malam

Jarum jam  menunjukkan pukul 7.45 malam. Tinggal lagi lebih kurang 1 jam lagi masa nak balik tepat 9.15 malam
"wah! leganya".. Jari jemari ku masih lagi  laju menekan  keyboard.
Satu demi satu helaian borang itu aku semak. Kemudian aku turunkan tandatangan ringkas, menandakan dokumen itu dan maklumat semua ok serta telah diluluskan…
“eee…bila la nak habis kerje ni …” hati bagai meronta..merungut..(masa mula-mula mintak kerja dulu bukan main..sanggup buat apapun, janji dapat kerja…hihi)
2 minggu sebelum puasa kami dah kesibukan. Dalam bulan puasa…masih berterusan…
”namun Raya tetap raya…lepas raya… lain kira.”… itu lah masa syok nak beraya
Alih2, lepas raya, dah sebulan lebih masih kerja hingga  ke malam….huhu. Badan dah penat2, dah…
seingat aku  sejak2 sibuk ni…kemahiran  memasak aku dah semakin hilang…aku dah tak tahu dah  nak masak apa….dah lama tak masak….boleh katakan  semua kerja rumah dah  ‘terbengkalai’
namun….Semuanya akan berakhir….2 minggu lagi…lepas ni aku nak berehat puas-puas dekat
Ho Chih Min…Dah penat kerja…makan angin pula….


Inilah sebahagian… dari Dokumen yang perlu diproses….. kat tepi aku duduk…kat atas meja…semua ada…meja pun dah tak rupa meja dah…

Friday, 21 September 2012

Bungalow Asliza

Bizinya aku semenjak dua menjak ni…
Kerja hingga ke malam…  time ni  opis aku tengah menerima banyak penyata tahunan dan penyata kewangan  bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di malaysia .
Masa ni kita orang tengah  ‘peak period’.. sehingga  perlu buat ‘ot’ lah katakan. Volume Dokumen lebih banyak dari biasa
Bermula puasa lagi  kami dah  sebuk..balik malam untuk  menyemak  maklumat –maklumat dalam penyata tahunan dan kewangan tersebut…

Tuesday, 28 August 2012

kenangan rayo


Hampir sebulan aku  ‘hilang’ dari layar ini
 Banyak cerita sebenarnya ingin ku kongsi. Tapi ..aku tidak berkesempatan untuk menulis di sini...rasa macam sibuk...tapi sibuk apa ye...?













ayam percik...nak berbuka puasa

gambar- gambar yang sempat aku snap kat belakang umah ibuku...

ketupat yang direbus atas dapur kayu..
dapur kayu ni sengaja dibuat untuk memudahkan memasak dalam kuantiti yang banyak... terutama musim perayaan...jimat gas..hihi

ketupat yang direbus atas dapur kayu..
Tanggal 17 August aku bertolak ke kampong untuk menyambut raya bersama keluarga. Hasrat hati sebenarnya nak duduk rumah baru ku tapi tak kesampaian kerana tukang pasang cermin tak ada. Musim raya banyak tempahan...
Sehari sebelum rayo
Aktiviti aku...menolong ibu memasak ketupat yang ditempah...
Malam rayo
Banyak juga yang aku masak... kuah kacang dengan nasi impit...sempat rebus ketupat nasi (first time buat)..oklah jadi jugak..
Aku buat rendang.. kali ini agak sedap sebab minta resepi dari mak kawan aku...memang ummmphhh rendang ni...tak sempat/ lupa nak snap gambo rendang terbaaikkk tu..
Hajat nak masak juga ayam masak merah sebab nak makan ngan nasi briyani... tapi dah tak larat...
Pagi rayo


ketupat yang sudah masak
Aku dengan MrA sibuk kat dapur memasak nasi briyani dan sempat buat dalca daging
Orang sibuk nak pegi sembahyang rayo...aku ngan suami sibuk jadi chef...sampai aku terlupa nak bersalaman  dan memohon maaf secara rasmi (maksudnya..suami duduk kat kerusi..aku melutut memohon maaf...dikikuti oleh anak-anak)  
Tak sempat laa...kami kelam kabut menyiap juadah...pagi rayo
Semasa orang tengah  sembahyang rayo
Aku dengan suami pergi ke kampong belah suamiku..nak pergi ambik biskut rayo yang aku tempah ..kat rumah birasku..

Pokok2 ini sengaja aku ambil...bagi ku ia merupakan suatu bahan nostalgia...

Bunga kertas
Biasalah sampai di sana...beramai- ramai kami ke kubor menziarahi kubur arwah mertuaku,arwah  abang iparku...
Lepas tu...kami beramai- ramai ke rumah adik-beradik suamiku..5 buah rumah juga kami..round...

Pokok bunga keladi...












Akhirnya kul 1.00 tengahari baru aku balik rumah ibuku...


Bunga ???????? tak tahu panggil apa


Pokol kunyit..

Tuesday, 24 July 2012

Nasi ayam

cerita sahur..hari pertama...

“Bah...!!!, kena tidur awal...esok nak sahur” kata ku pada Mr.A..
set alarm..masing-masing ye..” pintaku
Tengok nasi dalam periuk  takde...nak masak...penatnye badan!...at last  tido...macam tu je dengan badan kepenatan...
“kringgggg”, aku terjaga dek mesej yang diterima mR.A.... dengan malas-malas...aku membuka mata...
Terus melompat...terkejut...bila melihat...angka jam yang tertera pada handphone menunjukkan pukul 5.04 minit....adoii...nasi,...satu benda  apapun takde lagi...camne ni...? 
Kelam kabut aku ke dapur...masak nasi..pas tu bubuh garam, kunyit ayam...hanya goreng ayam, makan dengan kicap...telur mata kerbau..je yang sempat..aku buat...
Jam 5.40 baru dapat makan....sempat...tapi semput-semput lah juga...


cerita buka puasa hari ke tiga...
“mama , jom lah pergi bazar ramadhan..."..baby merayu..
aku tahu sangat apa yang dia nak kat bazar tu.. Semalam dah pergi....
Nasi ayam, …..air jagung…..dan tak ketinggalan dia nak juga beli...bunga api..

                                                               

nasi ayam....

"Jom la mama" baby masih lagi memujuk...aku bukan tak nak pergi.....kuih muih kat bazar tu...bukan nya sedap sangat.

Dengan orang yang ramai nye...jalan-jalan...pusing2..tengok kuih yang  banyak tapi…. tak tahu nak beli apa... bukan apaaa.. apa yang aku tengok tu hanya indah di mata...tapi ...kalau rasa pasti...mulut ni..nak bercakap juga...emmm manis sangat laaa, tawar laaa... tak sedap lah...macam-macam lagi...mengomel yang lebih
                                               
  ayam....emmm sedapnyerrr
"Okey...kalau mama tak nak pergi mama mesti buat nasi ayam kat adik"....baby seolah mengugutku...

Jam di dingding menunjukkan pukul 6.00 petang...
"sempat ke arrr?" aku berkira-kira...
Aku terus ke dapur…(tadi leka dok tengok cite anugerah@tv9).....aku buat keluar ayam, timun ... + semua  bahan-bahan nak buat nasi ayam..dari peti ais..

                                                                  sup...simple jer...


dalam keadaan agak bersilat jugalah aku buat ....
nasib baik ada resepi  nasi ayam yang adikku bagi..masa dia datang rumah hari tu,..dia tampal kat peti ais... lah maka...hari ini anak-anakku berbuka puasa dengan nasi ayam...
mR.A berbuka puasa kat opis sbb keje..
                                                  
  sos....untuk menyedap rasa

"emmmm...sedappla,  mama....,..baby nak tambh lagi...." puji baby...tak henti-henti..(kena dengan selera dia)
aku tahu...baby sangat suka makan nasi ayam....kena pula nasi ayam ku yang menjadi hari ni...
walaupun kelam kabut...tapi..nasi tiga pot...dengan 8 ketul ayam...licin..

"Esok, mama kena buat lagi..." baby masih belum puas lagi makan nasi ayam...
“ok…” aku menganguk…tanda setuju…
Nampak gaya..esok nasi ayam lagi. Laaa…tapi aku seronok bila anak2 dan Mr.A (lepas balik keje…makan) memuji2 keenakan nasi ayam tu….
sekian.....


Thursday, 19 July 2012

Ya Ramadhan....

Tatkala mendengar azan...hati begitu sayu...tambah-tambah malam ini adalah .........malam pertama...  malam Ramadhan .....malam pertama sembahyang terawih...pertama Sayunya...hati bila memasuki  dan melangkah ke bulan yang mulia Azan ku pada tahun ini untuk meningkatkan amalan-amalan dan ibadat dengan lebih baik pada bulan ini dan akan berterusan nanti...sehingga selepas Ramadhan...dan semoga istiqamah untuk.nya...


Ramadhan...selamat datang     ”..Ah Lan Wasalam Ya Ramadhan....”
Semangat nak menjalani Ibadah ini dengan penuh keinsafan esok hari...namun...awal-awal lagi aku dah angkat  bendera Merah....eeemmmm....nak buat camne...
Apapun aku ...harap aku dapat ‘IDEA’ untuk masak apa sahur pagi esok...supaya suami, anak2 dan adik2ku...berselera menjamah makanan...walaupun mata agak2 mengantuk...
Allah without me is still Allah..but me without Allah is nothing